Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692661748:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:97:"Bukan sahaja mereka dicampak pasport, malah ditengking dan dimarah sehingga alami gangguan mental";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 340
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 105482
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => CIQ
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => “Bukan sikit jumlah, sebagai contoh, kalau sehari 100 orang bekerja, selalu juga terjadi sehingga 30 orang tidak datang bekerja,” katanya ketika dihubungi Scoop.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_wp_old_date] => Array
        (
            [0] => 2023-08-22
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749940451";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749400927";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749940451
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Selain gangguan mental, petugas di pintu masuk Malaysia-Singapura dakwa sukar naik pangkat: veteran Imigresen | Scoop

Selain gangguan mental, petugas di pintu masuk Malaysia-Singapura dakwa sukar naik pangkat: veteran Imigresen

Bukan sahaja mereka dicampak pasport, malah ditengking dan dimarah sehingga alami gangguan mental

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tekanan kerja yang melampau sehingga menjejaskan kesihatan mental merupakan antara yang dialami oleh anggota dan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) yang bertugas pintu masuk Malaysia-Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah.

Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada mental hingga ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit.

Perkara ini didedahkan oleh veteran JIM, Wan Azmi Wan Hussin, 61, yang memaklumkan ada petugas Imigresen di pintu masuk tersebut mengalami masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baharu, gagal mengawal daya tindak diri, kesunyian kerana berjauhan dengan keluarga dan kekecewaan dalam perhubungan.

Jabatan tersebut akan memperkenalkan formula baharu pertukaran syif bagi memastikan semua kaunter Imigresen di pintu keluar masuk di BSI dan KSAB dibuka pada waktu puncak. – Gambar Facebook Onn Hafiz, 22 Ogos, 2023

“Mereka ini sangat tertekan dengan macam-macam perangai orang ramai yang menggunakan kaunter, tidak kira rakyat kita atau Singapura. Bukan sahaja mereka dicampak pasport, malah ditengking dan dimarah sehingga alami gangguan mental.

“Keadaan ini menyebabkan mereka hilang semangat untuk bekerja dan apabila terpaksa bekerja, khususnya di waktu puncak, maka mulalah beramai-ramai ambil cuti kecemasan atau cuti sakit hingga menyebabkan tiada orang boleh bekerja di kaunter.

“Bukan sikit jumlah, sebagai contoh, kalau sehari 100 orang bekerja, selalu juga terjadi sehingga 30 orang tidak datang bekerja,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Ketua pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh sebelum ini dilaporkan berkata jabatan tersebut akan memperkenalkan formula baharu pertukaran syif bagi memastikan semua kaunter imigresen di pintu keluar masuk di BSI dan KSAB dibuka pada waktu puncak.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, jarak antara kaunter dengan tempat rehat yang jauh juga menyebabkan kaunter akan ditutup melebihi waktu ditetapkan oleh anggota JIM yang bertugas.

Justeru, Azmi mencadangkan kerajaan mewujudkan elaun khas untuk anggota yang ditempatkan di CIQ BSI bagi memberi semangat kepada mereka untuk melaksanakan tugasan diberikan dengan sebaiknya.

“CIQ BSI adalah antara yang paling tersibuk di dunia, di mana kenderaan akan mula sesak, khususnya motosikal mulai 3 pagi sehingga 11 pagi dan di waktu petang pula, ia akan bermula pada 4 petang sehingga 9 malam. Waktu senggang itu pun bukannya lenggang, kalau hari minggu atau cuti umum pula, dah rasa macam 24 jam ia akan mengalami kesesakan,’’ katanya.

Dalam pada itu, sumber pegawai JIM di CIQ BSI ketika dihubungi Scoop senada dengan isu yang dibangkitkan dan mendedahkan kesukaran untuk mereka naik pangkat disebabkan hanya memiliki pengalaman sebagai petugas kaunter.

“Sebagai contoh, anggota JIM N19 nak naik pangkat ke N22, apabila masuk temuduga kenaikan pangkat, ditanya pengalaman bahagian penguatkuasaan atau perundangan, mereka tidak boleh menjawabnya sehingga mereka tidak terpilih ke jawatan itu. Seharusnya, JIM pusat seharusnya mengutamakan kenaikan pangkat kepada anggota yang bertugas di CIQ BSI.

“Pada masa sama, diharapkan agar anggota JIM tidak ditempatkan terlalu lama di CIQ BSI kerana tempat ini umpama penjara buat semua anggota. Kalau ada yang terima masuk ke sini, ada sanggup mencari jalan untuk tidak ke sini tetapi perkara itu harus ditepis oleh pentadbiran,’’ katanya. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related