Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692682210:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 242
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 106055
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => jalur gemilang
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => “Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 Sept, kita kibar Jalur Gemilang dengan megah.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749450027";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749916214";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749916214
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kibar jalur gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara: Anwar | Scoop

Kibar jalur gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara: Anwar

Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan bagi mempamerkan kesetiaan dan kecintaan pada negara selain menghayati semangat kemerdekaan.

Perdana Menteri turut mengajak rakyat meraikan bulan berkenaan selain menunjukkan bahawa mereka adalah satu generasi yang memahami perjuangan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan untuk negara.

“Saya syorkan mulai sekarang sehingga 31 Ogos Hari Kemerdekaan negara dan seterusnya Hari Malaysia 16 Sept, kita kibar Jalur Gemilang dengan megah.

“Di setiap kenderaan, di setiap jabatan, di rumah, di mana sahaja untuk menunjukkan bahawa Malaysia sekarang bangkit sebagai negara yang bersatu padu, punyai cita-cita, punyai idealisme untuk menghayati semangat kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video Ucapan Khas Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2023 diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related