Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692691601:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 106122
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => ahmad zahid
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mohd Dusuki: Mengapa Yayasan Restu ada dalam perjanjian itu?
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"Perkara itu diketahui saksi kerana ia dibincangkan di tapak projek masjid berkenaan yang membabitkan kos pembinaan RM43.7 juta";}
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749492858";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:8;i:1;i:18;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749568876";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750030924";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750030924
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 228
        )

)
Zahid cari sumber kewangan lain selepas akaun yayasan disita: saksi | Scoop

Zahid cari sumber kewangan lain selepas akaun yayasan disita: saksi

Perkara itu diketahui saksi kerana ia dibincangkan di tapak projek masjid berkenaan yang membabitkan kos pembinaan RM43.7 juta

4:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencari sumber kewangan lain bagi meneruskan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak selepas akaun Yayasan Akalbudi (YAB) disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pengurus projek pembinaan masjid berkenaan, Ramli Ngah, 56, berkata beliau mengetahui perkara itu kerana ia dibincangkan di tapak projek masjid berkenaan yang membabitkan kos pembinaan RM43.7 juta.

Beliau berkata demikian semasa disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB.

Saksi pembelaan kesembilan itu, bagaimanapun tidak mengetahui daripada mana sumber kewangan lain yang diperoleh Ahmad Zahid bagi meneruskan pembinaan masjid berkenaan.

Selain itu, Ramli mengesahkan bahawa pembinaan masjid tersebut menerusi satu surat perjanjian antara syarikat Noble Energy Construction Sdn Bhd selaku kontraktor pembinaan, Yayasan Restu dan Yayasan Al-Falah (pemaju) yang disediakan oleh peguam firma guaman Lewis & Co.

Semasa ditanya Mohd Dusuki mengapa perjanjian bagi pembinaan masjid itu tidak termasuk Yayasan Akalbudi, Ramli berkata ia di luar pengetahuannya dan beliau tidak pernah melihat serta membaca surat perjanjian itu.

Mohd Dusuki: Mengapa Yayasan Restu ada dalam perjanjian itu?

Ramli: Kerana Yayasan Restu terlibat dalam kerja-kerja hiasan dalaman (masjid).

Saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Dusuki bahawa Yayasan Akalbudi sepatutnya dimasukkan dalam kontrak perjanjian pembinaan masjid kerana ia membabitkan sumbangan murni dan tidak perlu disembunyikan.

Semalam, Ramli memberitahu mahkamah, syarikat kontraktor bagi pembangunan projek masjid itu tidak menerima bayaran selama tiga bulan kerana akaun YAB disita oleh SPRM sekitar pertengahan 2018, menyebabkan tempoh penyiapan masjid itu lewat daripada pelan asal tarikh siap, namun kerja pembinaan diteruskan semula awal 2019 selepas mendapat kelulusan daripada Yayasan Al-Falah (milik keluarga Ahmad Zahid).

Sementara itu, Ketua Kampung kawasan Sungai Keli, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Kamarulzaman Sampol, 54, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk dikenali sebagai pemimpin yang kerap membuat pelbagai sumbangan amal dan kebajikan kepada penduduk kawasan itu.

“Datuk Seri (Ahmad) Zahid pernah mengeluarkan sumbangan peribadi RM100,000 bagi membaik pulih Sekolah Agama Rakyat Sungai Keli yang telah uzur dan bangunan itu siap sepenuhnya pada 2007. 

“Sumbangan lain termasuk pembiayaan kos RM80,000 bagi menukar atap bumbung masjid yang bocor dan membina pagar Masjid Sungai Keli yang siap sepenuhnya pada 2008 dan membina dewan makan di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin yang menelan kos RM20,000,” kata saksi pembelaan ke-11 itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related