Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692699360:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 245
        )

    [_oembed_daafc711a750d65f8bbd5e1ee4259131] => Array
        (
            [0] => 

Terkait insiden pengislaman seorang saudara baru oleh PMX tempoh hari.
Pencerahan dari Tuan Haji Hushim Salleh merangkap Pengerusi PERKIM Klang.@anwaribrahim pic.twitter.com/mpLSPN9ziL

— ReeN🔺 (@ReeNGaston) August 22, 2023
) [_oembed_time_daafc711a750d65f8bbd5e1ee4259131] => Array ( [0] => 1692695172 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 13 ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:157:"Kejadian itu juga kebetulan selepas Perdana Menteri menziarahi waris dan ahli keluarga mangsa nahas Elmina sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Islamkan ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Kejadian itu juga kebetulan selepas Perdana Menteri menziarahi waris dan ahli keluarga mangsa nahas Elmina sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 56 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750457484";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750457484 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 106144 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) [footnotes] => Array ( [0] => ) )
PM Islamkan saudara baharu atas permintaan saya, ‘dia tak cakap banyak cuma okey’ | Scoop

PM Islamkan saudara baharu atas permintaan saya, ‘dia tak cakap banyak cuma okey’

Kejadian itu juga kebetulan selepas Perdana Menteri menziarahi waris dan ahli keluarga mangsa nahas Elmina sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengislamkan saudara baharu di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, Jumaat lalu adalah atas permintaan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Klang.

Pengerusinya Hushim Salleh, menerusi video dikongsi pengguna Twitter @ReenGaston hari ini menjelaskan, kejadian itu juga kebetulan selepas Perdana Menteri menziarahi waris dan ahli keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

“Saya cakap terus terang, dalam masjid bila habis solat (Jumaat), Datuk Seri beritahu pegawai dia, dia nak balik dah sebab ada program lain jam 3 petang.

“Tapi saya yang minta Datuk Seri syahadahkan kepada saudara baharu itu dan beliau (Anwar) seorang Muslim yang sangat mulia. Dia tidak cakap banyak, cuma (setuju) cakap okey.

“Saya cakap kepada Datuk Seri beri masa dua minit sahaja untuk syahadahkan hamba Allah ini, malah lelaki itu juga hendak sangat kalau boleh Datuk Seri syahadahkan,” katanya turut memaklumkan ramai juga ahli jawatankuasa Perkim berada di masjid ketika itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Hushim berkata, dalam perkara ini jelas menunjukkan tindakan spontan dan mulianya hati seorang bernama Anwar Ibrahim.

“Bila nak syahadah saya tanya Datuk Seri nak kerusi (duduk) ke? Dia cakap tidak mengapa, saya syahadah di bawah sahaja, kemudian dia duduk atas karpet dalam masjid dan syahadahkan.

“Lagi satu bila saudara baharu ini mahu mengambil nama Anwar, Datuk Seri gelak dan membenarkannya.

“Datuk Seri Anwar insan yang mulia, mukmin yang mulia, sebab itu Allah SWT kata jangan pandang seseorang itu dari segi pakaiannya, jangan tengok jubah, serban, songkok, tapi pandanglah akhlaknya,” katanya.

Beliau berkata, dengan penjelasan ini diharap semua pihak tidak membuat tuduhan yang tidak sepatutnya terhadap Perdana Menteri.

“Ramai minta dengan saya, kata haji kalau ada orang nak bersyahadah lagi beritahu, nak syahadahkan walaupun seorang, tak pernah Islamkan orang, bayangkan.

“Pada saya janganlah cakap bukan-bukan di luar sana, hanya buat dosa. Janganlah lagi menuduh bukan-bukan kepada Perdana Menteri,” katanya.

Jumaat lalu, tular rakaman video Perdana Menteri mengislamkan saudara baharu di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

Dalam rakaman tersebut, Perdana Menteri dipercayai mengajar saudara baharu itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut laungan takbir oleh jemaah yang hadir.

Isu ini turut mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata, sesiapa pun yang beragama Islam boleh mengislamkan saudara baharu, malah tindakan Anwar itu tidak perlu dipertikai mahupun dipolemikkan.

Begitu juga dengan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan tindakan Anwar selepas merujuk mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Khairy berkata, menjadi seorang Perdana Menteri tidak membuatkan Anwar berhenti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam – 22 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Related