Petisyen gesa Anwar siasat pelaburan Khazanah yang ‘gagal’ dilancar

Menerusi petisyen dilancar menerusi change.org itu, ia mengatakan pasukan pengurusan dana kekayaan negara mesti bertanggungjawab atas pelaburan yang gagal

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petisyen dalam talian dilancarkan bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiasat dan menangani segera isu berhubung pelaburan tidak berjaya yang dibuat Khazanah Nasional Bhd.

Gesaan itu dibuat berikutan pertikaian undang-undang dihadapi TAR PH Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Khazanah’s Themed Attractions Resorts & Hotels (TAR&H) Sdn Bhd.

Petisyen dilancarkan di change.org itu, mendakwa bahawa pasukan pengurusan dana kekayaan milik negara terbabit bertanggungjawab ke atas pelaburan gagal terbabit, malah mesti tampil berdepan kesan daripada keputusan mereka.

“Adakah benar Khazanah’s TAR&H lebih suka dibubarkan daripada (memenuhi) obligasi kontraknya?” menurut kenyataan dalam petisyen itu.

Petisyen itu dimulakan seorang pengguna bernama John Low Seong semalam, sebelum ia menerima sokongan.

Ia juga memetik laporan Scoop yang memperincikan bahawa TAR PH sedang menghadapi petisyen penggulungan yang difailkan Jana DCS Sdn Bhd, selepas didakwa gagal mematuhi tuntutan berkanun untuk pembayaran tahun lalu.

Dengan penutupan Hotel JEN Johor Puteri Harbour milik TAR PH pada 9 Mei tahun ini, petisyen penggulungan menyatakan TAR PH tidak mempunyai pendapatan untuk menjelaskan hutangnya yang bernilai RM94.746 juta.

Hutang itu menjadi asas dalam award timbang tara bernilai RM89.262 juta yang memihak kepada Jana DCS, selepas TAR PH secara salah menamatkan perjanjian berhubung pembekalan kargo bahan pendingin ke hotel itu pada 2012.

Ia berikutan penggulungan sukarela sebuah lagi anak syarikat TAR&H pada 11 Jun, berikutan kegagalan KidZania Singapura, di mana aset tak alihnya dijual kepada pengendali taman tema Sim Leisure Group pada harga hanya SG$110,000 (RM379,398).

Nasib sama menimpa KidZania cawangan Malaysia di Mutiara Damansara yang dijual kepada Sim Leisure Group, dengan harga RM3.8 juta kerana pengurusan tidak berkesan.

Khazanah dilaporkan menyuntik RM550 juta ke dalam TAR&H, bagi memastikan perniagaan riadah itu beroperasi.

Sebagai Perdana Menteri, Anwar juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Khazanah, manakala Pengarah Urusannya adalah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Sementara itu, Stephanie Saw menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Uruan Kumpulan TAR&H sejak April 2019. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related