Anwar umum peruntukan tambahan RM30 juta naik taraf laluan Gerik-Jeli

Kerajaan turut meluluskan RM250 juta bagi peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kontraktor kecil bumiputera

3:20 PM MYT

 

GERIK – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan peruntukan penyelenggaraan jalan tersebut yang dianggarkan kosnya sebanyak RM80 juta sehingga RM100 juta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata terdapat banyak permohonan peruntukan bagi  penyelenggaraan jalan di seluruh negara dan beliau akan mengkajinya dalam Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan pada Oktober.

“Tapi hari ini saya boleh lulus tambahan RM30 juta untuk perbaiki jalan,” kata beliau dalam ucapan ketika melancarkan Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. 

Sebelum ini, Nanta mengumumkan RM30 juta peruntukan awal daripada KKR bagi menaik taraf dan menyelenggara laluan tersebut. 

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia berjumlah RM370 juta pada tahun ini. 

Beliau berkata RM300 juta adalah bagi penyelenggaraan jalan persekutuan yang tiada dalam syarat kontrak syarikat konsesi. 

“RM20 juta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan RM50 juta (bagi) pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan risiko tinggi kemalangan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut meluluskan RM250 juta bagi peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kontraktor kecil bumiputera. 

Sementara itu, Perdana Menteri turut meluluskan sagu hati RM1,000 kepada 87 keluarga pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dengan pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) (FT004) sebagai simbolik menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan.

Anwar turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada 37 orang bekas pekerja dan waris keluarga yang terlibat dengan pembinaan JRTB (FT004) itu. 

Pada 21 Mei 1974, serangan pengganas komunis telah merosakkan puluhan unit jentera berat dan pada 27 Ogos 1974, seramai tiga orang petugas JKR telah terbunuh semasa bekerja untuk membina laluan ini. 

Pada sidang media kemudiannya, Nanta berkata kerja membaiki laluan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dengan dikendalikan syarikat konsesi.

“Dengan peruntukan tambahan ini kita boleh membelanjakan bagi kerja-kerja lebih berat dan bukan sekadar menampal jalan sahaja kerana jalan ini sudah lama.

“Laluan itu juga boleh dibina semula, mungkin mana-mana kerja yang diperlukan nanti terpulang kepada pihak teknikal apa pembaikan yang perlu dibuat menggunakan peruntukan ini,” katanya.

Ditanya sama ada peruntukan itu turut digunakan bagi tambahan lampu jalan berikutan kawasan yang terlalu gelap, beliau berkata segala keperluan akan diteliti terlebih dahulu. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Related