Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692887246:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 106729
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:158:"Semua pihak digesa berlapang dada dan menghormati inisiatif kerajaan, khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sejajar dengan nilai murni masyarakat kita";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KPM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750065334";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:4;i:1;i:9;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750065334
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 517
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Modul Penghayatan Hadis 40: Jangan polemikkan, ia tidak babitkan pelajar bukan Islam | Scoop

Modul Penghayatan Hadis 40: Jangan polemikkan, ia tidak babitkan pelajar bukan Islam

Semua pihak digesa berlapang dada dan menghormati inisiatif kerajaan, khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sejajar dengan nilai murni masyarakat kita

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta isu berhubung modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM), tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia hanya diterapkan dalam lingkungan pelajar beragama Islam.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pelaksanaan modul itu juga bertepatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara, bagi memupuk amalan kesederhanaan yang dianjurkan sebagai nilai hidup dalam kalangan generasi muda muslim khususnya.

Bahkan, katanya, Hadis 40 yang dikumpulkan Imam Nawawi mencakupi penerapan nilai murni dan akhlak mulia, berdasarkan sumber rujukan serta autoriti jelas daripada hadis sahih.

“Ini sekali gus dapat membasmi fahaman melampau dalam beragama daripada berleluasa di negara ini, memandangkan ia tidak disandarkan pada apa-apa autoriti agama yang kukuh.

“Dengan penerapan modul ini, ia secara langsung dapat menjadi kunci untuk memastikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini dapat terus dipelihara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi, bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah.

Ia akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah di bawah KPM tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan, terutama untuk memastikan nilai pesanan serta perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.

Bagaimanapun, sebuah kumpulan mewakili agama bukan Islam, iaitu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menyifatkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilaksanakan di sekolah di bawah kendalian KPM, sebagai tidak berperlembagaan.

Kumpulan itu mendakwa, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan pendidikan Islam diajar seperti itu di sekolah.

Pada masa sama, Muhammad Faisal berkata, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan tidak hanya bersifat ritual.

Ujarnya, ia sebaliknya tafsiran kepada peruntukan Perlembagaan berkenaan adalah meluas mencakupi Islam sebagai agama dan cara hidup sempurna Muslim di Malaysia, malah kedudukan Perkara 3, sudah diperjelaskan melalui penghakiman di Mahkamah Persekutuan.

“Justeru ABIM menggesa semua pihak berlapang dada serta menghormati inisiatif kerajaan, khususnya dalam membawa pendidikan Islam yang sememangnya sejajar dengan nilai murni masyarakat kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meminta supaya kumpulan bukan Islam, termasuk MCCBCHST tidak mencampuri urusan umat Islam di negara ini, bagi mengelakkan tercetus masalah pada masa depan.

Katanya, tambahan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu tidak mempunyai kaitan dengan penganut agama lain, malah tiada paksaan daripada pihak kerajaan untuk pelajar bukan Islam mempelajarinya.

Nadzim berkata, PPIM tidak mempunyai masalah dengan nilai hadis itu yang dibawa ke sekolah dan pada masa sama, pihaknya mempunyai komitmen besar untuk melihat generasi Islam benar-benar menghayatinya.

“Kami mahu hidup dengan harmoni, semua ada agama masing-masing, ada hak masing-masing, jangan campur urusan agama kami!” tegasnya. – 24 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related