Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1692879386:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 106766
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Setiap ahli tidak harus menyalahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas kekalahan BN, susulan majoriti calon bertanding di kawasan kubu kuat PN";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => BN
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sikap duri dalam daging pemimpin Umno dan tindakan ahlinya memboikot calon parti, menjadi punca utama Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 64
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 167
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752946609";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:2;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752946609
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Wanita Umno pertahan Zahid, ‘kita kena sembur anai-anai itu’ | Scoop

Wanita Umno pertahan Zahid, ‘kita kena sembur anai-anai itu’

Setiap ahli tidak harus menyalahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas kekalahan BN, susulan majoriti calon bertanding di kawasan kubu kuat PN

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap duri dalam daging pemimpin Umno dan tindakan ahlinya memboikot calon parti, menjadi punca utama Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, beliau kecewa dengan tindakan sabotaj dilakukan peringkat akar umbi parti yang seolah-olah berperanan sebagai pembangkang dalam mewujudkan persepsi negatif terhadap BN.

Menurut beliau, setiap ahli parti tidak seharusnya menuding jari terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas kekalahan BN, susulan majoriti calon bertanding di kawasan kubu kuat Perikatan Nasional (PN).

“108 kerusi kita bertanding, hanya 19 kita menang. Daripada jumlah itu, 12 adalah calon wanita dan hanya seorang sahaja yang menang di Negeri Sembilan. Kita sedih dan kecewa apabila berkempen dari pagi sampai ke malam, diajak berselfie oleh masyarakat namun undi tidak diberi.

“Naratif pembangkang lebih mudah, tuduh serta perlekeh kebajikan kerajaan dan hasilnya, timbul pelbagai tekanan dan kecaman dari luar. Itu kita faham, namun yang pelik daripada dalam (Umno) ini pun sama berkepak.

“Ia seolah-olah kepimpinan gagal merancang hala tuju parti untuk mendapatkan sokongan rakyat. Benar kita parti paling banyak letak calon dalam PRN, namun kena sedar kerusi kita tandingi adalah kawasan dikuasai PN,” katanya ketika berucap semasa Himpunan Solidariti Bersama Presiden Umno yang turut dihadiri Zahid, hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini menegaskan, setiap ahli Umno tidak seharusnya lupa dengan prestasi cemerlang Pengerusi BN itu apabila gabungan berkenaan di bawah kepimpinan Zahid berjaya mendapat kemenangan dua pertiga pada PRN di Melaka dan Johor.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap ahli parti, jangan mudah terpengaruh dengan desakan agar Zahid berundur sebagai Presiden Umno dan peluang harus diberikan kepadanya untuk mengangkat kembali martabat parti.

“Mereka (pihak luar) hanya mahu meruntuhkan institusi Presiden. Jangan jadi saluran tambahan untuk kita sebarkan, saya tahu ramai terlibat. Kita kena sembur anai-anai itu. Memang zaman sukar sesiapa jadi pemimpin utama Umno ketika ini kerana memang banyak tanggungjawab beliau.

“Bukan mudah beliau hendak bina parti selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Zahid tetap pertahan parti walaupun beliau didesak untuk membubarkan parti dan sanggup tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sebelum ini.

“(Namun) Beliau (Zahid) terus istiqamah. Alhamdulillah di bawah kepimpinan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini berkata, sudah tiba masanya Umno melakukan tindakan radikal dan luar biasa untuk mengembalikan semula imej parti, bukannya bergantung kepada strategi sama bagi mendapatkan persepsi berbeza daripada masyarakat.

“Pulihkan imej Umno adalah tanggungjawab bersama, bukan seorang sahaja. Ini bukan masanya untuk kita menyalahkan mana-mana pihak, setiap ahli perlu bersatu. Kita cari jalan terbaik untuk menarik kembali hati rakyat. Kalau nak tukar presiden, dah tak boleh dah pun.

“Tunggulah pemilihan nanti, buat apa nak desak Zahid. Kata presiden tak perform, tak bagus tapi bila nak bertanding, engkau cium tangan presiden dan bila kalah, disalahkannya. Justeru, Wanita Umno akan sentiasa menjadi benteng untuk pertahankan institusi Presiden,” katanya. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Raya rush: bus tickets for east coast states sold out, says Loke

More than 220,000 express bus tickets from a total of 330,000 have been sold at the Southern Integrated Terminal (TBS) for the coming Hari Raya Aidilfitri festivities, and tickets to the east coast states have been completely sold out, said Transport Minister Anthony Loke

Related