Dikatakan pendatang asing tanpa izin, Dd buat laporan polis

Menurut Dd, dia dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia serta mendapat pendidikan di negara ini

8:33 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Pempengaruh popular, Dd Chronicle hari ini membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduhnya sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang memiliki kad pengenalan biru secara tidak sah.

Dd atau namanya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh, pagi tadi, ditemani peguamnya Asiah Jalil.

Jelasnya, laporan polis itu adalah juga sebagai amaran kepada mereka yang menyebarkan data peribadinya di media sosial kerana ia melibatkan soal keselamatan dirinya serta keluarga.

“Selepas ini diharapkan orang-orang yang membuat hantaran itu memadamkannya kalau tidak mungkin kita akan ambil tindakan selepas ini,’’ katanya pada sidang media di sini.

Menurut Dd, dia dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia serta mendapat pendidikan di negara ini, justeru pempengaruh itu mempersoalkan dakwaan yang menyatakan bahawa dia adalah orang luar.

“Ibu bapa saya memegang kad pengenalan merah, tapi Allah takdirkan saya lahir di sini, jadi saya rasa dakwaan yang mengatakan saya pendatang asing adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal waras,” katanya.

Dd popular dengan video parodi mengenai isu semasa dan politik. Dia sebelum ini menyatakan sokongan terbuka kepada Perikatan Nasional (PN), malah turut hadir menyokong calon parti berkenaan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras pada proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Dalam pada itu, peguamnya Asiah berkata, pada mulanya Dd tidak berniat untuk membuat laporan polis namun keadaan menjadi semakin melarat.

Ia juga, katanya adalah atas sebab data peribadi Dd, yang mengandungi nama penuh dan maklumat peribadi yang tersebar di media sosial. – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

What unfulfilled Bumiputera rights are you talking about, Kepong MP asks Muhyiddin

Lim Lip Eng slams Muhyiddin’s proposal for a Malay-Bumiputera 'umbrella body,' calling it unnecessary and vague

Related