Premis perniagaan di PP tak kibar jalur gemilang tidak dikompaun

Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menggalakkan premis perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela dan terbuka sebagai menunjukkan kesetiaan

12:56 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Pulau Pinang tidak akan mengenakan kompaun ke atas premis perniagaan di negeri itu yang enggan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan kerana kerajaan negeri tiada dasar sedemikian, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Namun Chow berkata kerajaan negeri menggalakkan premis perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela dan terbuka sebagai menunjukkan kesetiaan dan kecintaan kepada negara.

“Di Pulau Pinang sememangnya tiada dasar sedemikian (mengenakan denda jika tidak pasang Jalur Gemilang), kita percaya jika mengenakan denda dasar sedemikian, mungkin akan ada kesan sebaliknya.

“Sepatutnya patriotisme atau apa-apa program yang dianjurkan, adalah atas semangat kecintaan kita kepada negara bukanlah  melalui paksaan dan sudah banyak mempertikaikan adakah dengan memasang bendera menunjukkan semangat patriotisme kita?.

“Kalau tak pasang (Jalur Gemilang) pula, tak menunjukkan (semangat patriotisme)?, ini selalu dibicarakan dalam 10 ke 20 tahun ini. Jadi di sini, kita menggalakkan pemasangan Jalur Gemilang sebagai tanda terbuka untuk menyatupadukan, menunjukkan kesetiaan dan kecintaan kepada negara, tiada paksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chow ditemui selepas merasmikan dan melepaskan konvoi motosikal sempena Program Jaulah Merdeka Ride To Khairah Ummah 4.0 Tahun 2023 Malaysia MADANI peringkat Pulau Pinang di Masjid Jamek Jelutong, di sini.

Chow berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan media bahawa premis perniagaan di bandar raya Ipoh, Perak yang enggan mematuhi notis arahan pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan akan dikenakan kompaun RM250.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan berkata kompaun itu dikenakan di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen.

Sementara itu, Chow berkata program itu berjaya menghimpunkan peserta tanpa mengira usia, latar belakang dan model motosikal bagi mendekatkan masyarakat kepada masjid terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Katanya beliau berasa gembira dan berbangga dengan sikap keterbukaan, toleransi dan patriotik daripada masyarakat di negeri ini yang sentiasa berusaha mengeratkan hubungan perpaduan melalui program-program seperti Jaulah Merdeka itu.

“Sebagai sebuah negeri berkonsepkan pendekatan Malaysia MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, saya berharap seluruh inti pati masyarakat Pulau Pinang mampu menjadi penyumbang kepada kemampanan dalam pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Sebanyak 200 motosikal menyertai konvoi sempena program itu dan para peserta akan menjelajah di enam buah masjid di lima daerah di negeri ini bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan mengimarahkan masjid. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related