Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693202682:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 439
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 107359
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kurikulum
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 71
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750158735";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:18;i:1;i:11;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749753758";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750158735
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kurikulum baharu bukti komitmen KPM laksana transformasi pendidikan negara: NGO | Scoop

Kurikulum baharu bukti komitmen KPM laksana transformasi pendidikan negara: NGO

KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian

9:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan kurikulum persekolahan baharu dengan menilai semula subtopik yang berat dan tidak selari dengan keperluan murid, membuktikan komitmennya dalam melaksanakan transformasi pendidikan negara. 

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata pembangunan kurikulum yang turut mengambil kira pandangan pakar, pihak berkepentingan dan masyarakat umum itu juga sebagai usaha memastikan sistem pendidikan negara lebih relevan dan berdaya tahan. 

“Pendidikan adalah penentu masa depan negara dan sebab itu kita mahu kurikulum yang dibangunkan adalah benar-benar memenuhi kehendak negara, di samping kandungan pembelajaran yang tidak membebankan murid.

“Dalam hal ini subjek yang diajar tidak boleh terlalu banyak teori sahaja terutama mata pelajaran matematik dan sains, sebaliknya perlu ditekankan dalam bentuk amali supaya murid memahami dan berupaya menghayati prinsip yang diajar,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Ali turut mencadangkan rombakan bagi subjek agama supaya ia lebih menekankan pembangunan karakter dan insani, berbanding pengisian kandungan mata pelajaran semata-mata kerana subjek itu berperanan membentuk jati diri dan nilai murni murid. 

Sebelum ini KPM memaklumkan sedang melaksanakan tindakan segera bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran, dijalankan secara efektif dengan menilai semula subtopik yang berat dan tidak selari dengan keperluan murid.

Menurut KPM, seramai 1,600 orang termasuk guru, pensyarah, ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO) dan industri, telah dilibatkan dalam 21 sesi libat urus dan pelaksanaan Konvensyen Kurikulum bagi membangunkan kurikulum persekolahan yang baharu.

KPM juga akan melaksanakan satu Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 secara dalam talian, mulai 25 Ogos hingga 15 Sept ini menerusi pautan: https://bit.ly/KurikulumKita2027 bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mengemukakan pandangan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Fouzi Singon menyifatkan usaha menilai semula subtopik dalam kurikulum sekolah adalah wajar, memandangkan silibus yang diperkenalkan kini dilihat agak tinggi dan tidak bersesuaian dengan tahap murid.

Katanya, unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan untuk membentuk kemahiran intelek tinggi dalam kalangan pelajar telah memberi cabaran dalam meningkatkan daya pemikiran murid.

“Justeru NUTP mengalu-alukan langkah yang diambil KPM yang menjalankan tinjauan pelaksanaan kurikulum sekolah itu supaya penjaga yang tidak berpuas hati dengan silibus yang terlalu tinggi dapat melontarkan idea masing-masing.

“Jika pihak jawatankuasa penilaian silibus dibentuk kami berharap guru pakar dan guru cemerlang dilibatkan sekali dalam usaha itu dan bukan dalam kalangan pensyarah universiti yang tidak pernah berada di sekolah sebagai guru,” katanya. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related