Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693197383:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:126:"Muhyiddin sepatutnya menunjukkan teladan baik dan mengarahkan menantunya pulang ke tanah air bagi membantu siasatan kes rasuah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Adlan Berhan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar supaya membuat kenyataan terbuka mengenai tindakan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang didakwa melarikan diri ke luar negara.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 391
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 107737
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749598469";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749893087";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749893087
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Sepatutnya Muhyiddin suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak salah: Puad | Scoop

Sepatutnya Muhyiddin suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak salah: Puad

Muhyiddin sepatutnya menunjukkan teladan baik dan mengarahkan menantunya pulang ke tanah air bagi membantu siasatan kes rasuah

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar supaya membuat kenyataan terbuka mengenai tindakan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang didakwa melarikan diri ke luar negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin sepatutnya menunjukkan teladan baik dan mengarahkan menantunya pulang ke tanah air bagi membantu siasatan kes rasuah.

Tegasnya, Muhyiddin tidak perlu memberi alasan dan takut jika menantunya itu tidak bersalah.

“Akhirnya polis Interpol mengeluarkan notis merah terhadap menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dan Mansoor Saat (peguam) lari sejak Mei. Kenapa Mansoor turut lari. Rahsia apa?

“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN-Best tunjuk teladan yang baik. Dia masih mahu jadi Perdana Menteri? Suruhlah menantu balik. Takut apa kalau tidak bersalah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mempertikaikan tindakan Adlan yang jelas meragukan.

“Pernahkah anak anak bekas Perdana Menteri melarikan diri? Muhyiddin dicabar buat kenyataan terbuka. Jangan malukan PN-BEST (Perihatin, Bersih, Stabil),” katanya.

Pada Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Adlan dan Mansoor, sudah disenaraikan notis merah oleh Interpol.

“Ya, sudah. Tindakan Notis Merah dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Adlan dan Mansoor dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM berkata, mereka meninggalkan Malaysia pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Adlan dan Mansoor kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Related