MCMC bimbang peningkatan berita kurang tepat dan bertanggungjawab

Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam penerbitan berita yang kurang bertanggungjawab, kurang peka dan kurang tepat. Terdapat organisasi media yang telah menerbitkan kandungan yang tidak tepat dan mengelirukan

10:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menekankan bahawa suruhanjaya itu memainkan peranan yang amat penting sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, MCMC berpandukan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), yang membolehkannya menjalankan fungsi-fungsinya. 

“Salah satu tanggungjawab perundangan utama MCMC ialah memastikan platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang pelakuan atau percubaan melakukan pelanggaran di bawah undang-undang Malaysia. Ini termasuklah tindakan menyebarkan berita palsu, kandungan yang jelik dan berunsur fitnah.

“Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam penerbitan berita yang kurang bertanggungjawab, kurang peka dan kurang tepat. Terdapat organisasi media yang telah menerbitkan kandungan yang tidak tepat dan mengelirukan,” menurut kenyataan MCMC itu.

Kenyataan MCMC itu dikeluarkan bagi menjawab artikel bertajuk ‘SKMM Harus Berhenti Daripada Bertindak Sebagai Big Brother’ oleh wartawan kanan yang telah disiarkan oleh beberapa media.

Kenyataan MCMC itu memaklumkan apabila tumpuan diberi kepada kandungan media yang dijana sendiri pengguna menarik perhatian, etika kewartawanan kini seolah-olah dipandang mudah dan menjadi suatu yang mencabar untuk membezakan kandungan yang berlandaskan fakta atau sebaliknya.

“Senario ini memberi ancaman kepada keharmonian masyarakat memandangkan maklumat yang mengelirukan disebar dengan mudah dan menimbulkan naratif yang kurang tepat. 

“MCMC telah mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa sesi dialog dan mesyuarat bersama organisasi media bagi membincangkan isu berbangkit. Bagi memerangi isu ini, MCMC kekal berpendirian teguh dalam melaksanakan tugas dan fungsi penguatkuasaannya bagi menjaga integriti maklumat dan keharmonian masyarakat,” menurut kenyataan itu. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related