Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693386886:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 108463
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:79:"Prasarana asas itu meliputi bumbung dan tandas yang baik untuk kegunaan pelajar";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => sekolah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan semua barisan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 177
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749677599";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749331962";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749677599
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Semua sekolah dilengkapi prasarana asas Oktober ini, ‘ia lebih bermakna daripada membina mercu tanda’ | Scoop

Semua sekolah dilengkapi prasarana asas Oktober ini, ‘ia lebih bermakna daripada membina mercu tanda’

Prasarana asas itu meliputi bumbung dan tandas yang baik untuk kegunaan pelajar

5:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA- Kerajaan memberi jaminan semua sekolah di seluruh negara akan dilengkapi prasarana asas yang munasabah selewat-lewatnya Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, semua sekolah itu dijamin mempunyai prasarana asas seperti bumbung dan tandas yang baik yang mana ia lebih baik daripada membina mercu tanda yang hebat.

“Sebelum akhir tahun ini, secara spesifik Oktober, semua sekolah di negara kita seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, kita jamin punya prasarana asas dengan bumbung dan tandas.

“Penyediaan infrastruktur itu jauh lebih bermakna bagi jutaan ibu bapa dan murid daripada (membina) mercu tanda serta gedung besar,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan semua barisan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, seramai 6,000 hadirin terutama penjawat awam hadir bagi menzahirkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam menyemarakkan rasa kekitaan, kebersamaan dan memperkasakan semangat perpaduan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang bakal dilancarkan pada 1 September ini akan menjadikan Malaysia negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, NIMP 2030 yang akan dilancarkan itu bukan seperti pelan perindustrian yang biasa.

“Ia memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu.

“Transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul tetapi akan meningkatkan keupayaan kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata, negara berjaya mendapat kembali perhatian beberapa syarikat besar seperti Tesla Inc dari Amerika Syarikat (AS), Geely dari China serta Infineon Technologies dari Jerman yang bersetuju menjadikan Malaysia pangkalan pelaburan penting.

Katanya, pelaburan itu sangat penting kerana jika ia dapat diteruskan, Malaysia boleh memaknai kemerdekaan malah setiap anak muda dijamin pekerjaan serta tidak perlu menganggur.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan juga akan melaksanakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) sejurus selepas pelancaran NIMP 2023.

“Sekali lagi anjakan berlaku tidak hanya kajian yang menilai perencanaan awal, tetapi membuat pengubahsuaian dan anjakan supaya pembangunan kita mampan,” katanya. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related