Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693556334:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 414
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 109066
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:153:"Laporan polis itu bukan sahaja bagi memastikan siasatan dan tindakan diambil, malah mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan negara";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => pemuda Umno
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Laporan polis itu bukan sahaja bagi memastikan siasatan dan tindakan diambil, malah mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan negara
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749450299";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749966066";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749966066
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Memo dalaman: Terkilan sikap membisu Idrus, Pemuda Umno lapor polis | Scoop

Memo dalaman: Terkilan sikap membisu Idrus, Pemuda Umno lapor polis

Laporan polis itu bukan sahaja bagi memastikan siasatan dan tindakan diambil, malah mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan negara

4:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung isu kesahihah ‘memo dalaman’ membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Ketuanya, Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, laporan polis itu juga bertujuan membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan Malaysia.

Menurutnya, Pemuda Umno mengambil maklum akan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat kebocoran dokumen (memo dalaman) terbabit.

“Bagaimanapun, Pemuda UMNO berasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, tidak ada maklumbalas sahih yang menjawab kepada tuntutan agar siasatan dijalankan sama ada dokumen tersebut berserta isi kandungannya sahih ataupun tidak.

“Maka, atas dasar prihatin dan memegang teguh kepada Rukun Negara ke-3 dan ke-4, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, Pemuda Umno akan menggerakkan ahlinya di seluruh negara untuk membuat laporan polis (berkenaan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Akmal berkata, mewakili Pemuda UMNO, beliau mengeluarkan kenyataan pada 18 Ogos lalu bagi mendesak supaya siasatan dijalankan berhubung kesahihan dokumen yang didakwa ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 Oktober 2019.

Namun, katanya, ia amat mendukacitakan apabila Jabatan Peguam Negara mengumumkan bahawa Idrus sedang bercuti sehingga beliau bersara pada 6 September ini.

Beliau berkata, tindakan Idrus bercuti tanpa memberikan hasil siasatan dan maklum balas wajar kepada desakan Pemuda Umno, menyaksikan isu itu tergantung tanpa ada sebarang jawapan.

“Sehingga ke hari ini, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengesahkan kesahihan dokumen terbabit.

“Ini secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada tahap keyakinan orang awam terhadap Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Terdahulu, Umno Pekan mendesak agar Idrus menyiasat dan menjelaskan kepada umum, berkaitan dokumen tular didakwa sebagai ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (Ipic), baru-baru ini.

Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jika dokumen tular itu sahih, ia jelas menunjukkan berlaku kezaliman terhadap Najib yang dipenjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lalu. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

Pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalah tekap seterika pada pelatih junior

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan

Peminat di Indonesia mahu jadikan Belum Mulai sohor di media sosial

Sejak dilancarkan pada 28 Jun, lagu dendangan Insomniacks dan Nabila Taqiyyah itu telah berjaya mencapai 382,000 jumlah tontonan di saluran YouTube

Toxic gas: one Penang factory worker dead, doctors who did CPR also ill

Work safety authority is investigating the use of methyl bromide in fumigation exercise

Related