PM mahu peranan Jabatan Audit Negara diperkukuh

Budaya tidak mengendahkan teguran LKAN perlu dinoktahkan terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan

7:45 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bidang kuasa Jabatan Audit Negara (JAN) diperkukuh dan diperluaskan supaya dapat merangkumi peranan institusi hisbah atau ombudsman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata tanggungjawab tambahan diberikan kepada JAN supaya kementerian dan jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri memandang serius setiap teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

“Ini masih dalam perbincangan tapi yang penting kita mahu perluas bidang tugas JAN,” katanya kepada media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengurusan dan warga JAN, di sini hari ini.

Anwar berkata peranan audit itu perlu “muhtasim” (disegani) bukan sahaja audit dari segi kewangan tetapi audit dari segi pematuhan kepada peraturan dan prinsip bagi mengelak daripada kecurangan sama ada dalam bentuk rasuah, ketirisan atau kecuaian.

Beliau menegaskan pengabaian terhadap budaya tidak mengendahkan teguran LKAN perlu dinoktahkan terutamanya teguran terhadap salah guna kuasa, kecuaian atau penipuan.

Katanya ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1998, beliau mengangkat LKAN sebagai suatu dokumen yang penting dan ketika menjadi Ketua Pembangkang pula, beliau meneliti setiap helaian LKAN untuk memberi teguran keras kepada kerajaan.

Mulai sekarang, kata Anwar setiap teguran itu mesti dijawab sekiranya ia berlaku.

“Sebab itu tahun ini, sebaik LKAN dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, semua menteri termasuk ketua setiausaha dan ketua pengarah masing-masing diwajibkan untuk meneliti laporan ini dan memberi jawapan atau tindakan yang memuaskan,” katanya.

Anwar berkata sekiranya mana-mana kementerian atau jabatan tidak mengambil tindakan susulan secara serius ke atas teguran dalam LKAN, tindakan seumpama itu akan dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Kewangan (MoF) dan agensi penguat kuasa yang berkaitan.

Anwar juga mahu MoF mengetuai suatu tugasan untuk meneliti semua laporan LKAN dan memastikan setiap kementerian dan jabatan patuh terhadap teguran.

“Kalau tidak laporan (LKAN) sampai tahun depan (teguran) akan diulang lagi,” katanya. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related