Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693701768:11
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 168
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 109173
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 11
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:152:"JPT belum menghantar sebarang cadangan garis panduan berhubung perkara itu kepada kementerian, namun ia akan diteliti untuk dipersetujui atau sebaliknya";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => KPT
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada mahasiswa dan pengurusan setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bagi menentukan garis panduan sebarang aktiviti hiburan atau konsert akan diadakan di kampus mereka.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 64
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749482243";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749367625";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749482243
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

)
Khaled belum dimaklum apa garis panduan aktiviti hiburan IPT | Scoop

Khaled belum dimaklum apa garis panduan aktiviti hiburan IPT

JPT belum menghantar sebarang cadangan garis panduan berhubung perkara itu kepada kementerian, namun ia akan diteliti untuk dipersetujui atau sebaliknya

9:55 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada mahasiswa dan pengurusan setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bagi menentukan garis panduan sebarang aktiviti hiburan atau konsert akan diadakan di kampus mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian kini lebih memfokuskan kepada usaha memperkasa mahasiswa, supaya institusi negara dapat melahirkan graduan berkualiti.

“Saya lebih cenderung kepada mahasiswa, itu (garis panduan) tetapkan (sendiri) dan jaga. Jadi, tidak ada lah garis panduan seperti itu (yang tular),” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai garis panduan aktiviti hiburan di IPT, seperti dicadangkan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) di bawah KPT yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Mohamed Khaled menegaskan, setakat ini, JPT belum menghantar sebarang cadangan garis panduan berhubung perkara itu kepadanya.

“JPT belum bawa kepada saya. Saya tak tahu macam mana ia (garis panduan) boleh tular. Kalau saya setuju luluslah, saya tak setuju, tak lulus.

“Saya belum tengok, jadi saya nak tengok dahulu. Tiada tempoh masa (untuk meneliti). Lagi pun sekarang tengah cuti semester, jadi tiada konsert,” katanya.

Sebelum ini, tular di Facebook mengenai garis panduan bagi aktiviti hiburan (konsert) di IPT yang antara lain, menyatakan penonton perlu diasingkan mengikut jantina lelaki dan perempuan, selain memperkenalkan kod pakaian serta melarang pakaian memaparkan logo illuminati, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Pada 24 Jun lalu, dilaporkan sebuah universiti awam (UA) di Terengganu dikompaun RM25,000 kerana menganjurkan konsert tanpa kebenaran.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilapor akan berbincang dengan KPT, berhubung langkah memberi kelonggaran bagi penganjuran konsert di IPT.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, KPT dan Universiti Utara Malaysia (UUM), merancang menawarkan program celik digital kepada golongan peniaga dalam sesebuah komuniti, dengan menyediakan latihan bersesuaian supaya dapat melahirkan lebih ramai usahawan bukan sahaja mahir dalam perniagaan, malah pendigitalan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kementeriannya akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada setiap Kolej Komuniti, bagi menjalankan pelbagai program membabitkan kerjasama institusi itu dengan masyarakat setempat.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi JPENKK kepada 12 individu, terdiri daripada pemimpin komuniti dengan tempoh pelantikan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2025, bertujuan menggalakkan hubungan serta kerjasama antara Kolej Komuniti dan masyarakat setempat.

Menerusi program itu, Khaled juga menyerahkan replika cek bernilai RM2.14 juta kepada Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail, sebagai tanda pelancaran Program Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti MADANI di 105 buah Kolej Komuniti seluruh negara. – 1 September, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related