Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693712339:11
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 513
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 11
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:125:"Terdapat netizen yang berpendapat objek asing bercahaya itu adalah hantu penanggal atau dikenali sebagai balan-balan di Sabah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => objek asing bercahaya
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pergerakan objek asing bercahaya melintasi ruang angkasa di ibu negara yang dirakam seorang individu pada tengah malam 31 Ogos lalu, tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai teori dalam kalangan netizen.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 109666
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752220679";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752220679
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

)
Tular objek asing bercahaya dirakam malam ambang Merdeka, ‘ia video asli, bukan disunting’ | Scoop

Tular objek asing bercahaya dirakam malam ambang Merdeka, ‘ia video asli, bukan disunting’

Terdapat netizen yang berpendapat objek asing bercahaya itu adalah hantu penanggal atau dikenali sebagai balan-balan di Sabah

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pergerakan objek asing bercahaya melintasi ruang angkasa di ibu negara yang dirakam seorang individu pada tengah malam 31 Ogos lalu, tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai teori dalam kalangan netizen.

Video perkongsian pemilik akaun TikTok, Styfly Malaysia pada Jumaat lalu ditonton lebih 101,000 kali selain turut dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Objek asing bercahaya itu disedari individu terbabit ketika merakam pertunjukan bunga api sempena sambutan ambang kemerdekaan ke-66 di ibu negara dengan menggunakan peranti berteknologi tinggi.

Kesahihan video tersebut turut dipertikaikan netizen, namun individu terbabit mendakwa rakaman itu asli dan tidak disunting.

“Ya video asli, bukan disunting,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen pada pautan video berkenaan mendapati netizen memberikan pelbagai teori yang serius dan berunsur jenaka mengenai objek tersebut.

Terdapat netizen yang berpendapat objek asing bercahaya itu adalah hantu penanggal atau dikenali sebagai balan-balan di Sabah.

Malah ia turut dikaitkan dengan hantu polong, sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia.

“Ia adalah hantu. Di Malaysia kami panggil ia sebagai penanggal… kepala (terbang) tanpa badan,” kata Huzaifah.

“Ini adalah Malaysia. Jadi ia mesti hantu penanggal,” kata Zarizi.

@Hameed pula mendakwa objek berkenaan dicipta daripada teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mendakwa ia adalah objek terbang tidak dikenali atau UFO dan dikaitkan dengan pencerobohan makhluk asing.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meneka objek asing bercahaya itu sebagai meteor atau tahi bintang kerana ia mempunyai ‘ekor’.

“Tidak dinafikan ia meteor,” kata Chakma.

“Meteor. Saya pernah lihat ini beberapa kali sebelum ini. Bila semakin dekat, saya boleh melihat ekornya dengan jelas,” kata Ken Ken. – 3 September, 2023

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

AirAsia’s Fernandes courts controversy again, this time over jab at refund seekers

AirAsia boss Tan Sri Tony Fernandes is in the firing line again, this time for taking a jibe at customers who “moaned about a refund”.

Related