Jangan hanya guna slogan membangun bersama Islam tapi negeri ditadbir masih ke belakang: Johari

Menurut Johari, orang Melayu tidak seharusnya berfikiran sempit dan perlu memahami bahawa Islam itu sebenarnya menggalakkan pembangunan

5:50 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya menggunakan slogan membangun bersama Islam demi memancing undi rakyat di Johor sedangkan negeri di bawah pentadbiran gabungan itu masih mengalami kemunduran.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, orang Melayu tidak seharusnya berfikiran sempit dan perlu memahami bahawa Islam itu sebenarnya menggalakkan pembangunan.

“Pembangunan yang dilakukan oleh sesebuah negeri menjadi ukuran bahawa pentadbiran kerajaan tersebut adalah efektif dan berkesan, selain terdapat kedinamikan politik yang berlaku.

“Tak usah jual agama kerana nak kerusi, kita tak boleh buktikan agama kita dipimpin orang yang boleh membangunkan negara,” katanya ketika ditemui media pada program Ziarah Kasih bersama penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, hari ini.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Susulan itu, Johari meminta PN khususnya PAS membuktikan hasil bagaimana mereka hendak membangunkan negeri gabungan tersebut secara holistik dan berkesan.

“Kamu seharusnya tunjukkan hasil bagaimana hendak bangunkan Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Barulah orang percaya kepimpinan Islam (itu) progresif walaupun kita konservatif. Kita nak tunjuk kepada rakyat.

“Contohnya, Pulau Pinang, walaupun bukan dipimpin pemimpin Islam tapi mereka progresif. Jika boleh buktikan pembangunan negeri dapat dicapai, baru masyarakat percaya,” katanya.

Dalam pada itu, Johari menasihatkan orang Melayu agar taksub dan terbawa-bawa berpolitik berasaskan agama sehingga menjejaskan kestabilan dan menyukarkan ekonomi negara membangun.

Katanya, kestabilan negara perlu menjadi keutamaan dan kunci utama bagi Kerajaan Perpaduan membangunkan semula ekonomi negara agar ia terus berkembang pada masa akan datang.

“Negara kita kini berdepan pengangguran tinggi dan masalah ini tidak dapat diselesaikan jika masyarakat taksub berpolitik sepanjang masa. Membangunkan ekonomi adalah antara fokus kerajaan perpaduan ketika ini.

“Ia (membangunkan ekonomi), tak ambil masa sekejap kerana nak selesaikannya perlu ambil jangka masa panjang, namun kita kena bina asas itu semula dengan syarat kestabilan dapat dicapai,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related