Nahas Segamat: Terima kasih rakyat Malaysia, sayang korang tapi tolonglah jangan sebar benda tak betul

Kenyataan itu merujuk kepada penyebaran berita tular palsu mengenai kematian adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, anak sulung pasangan suami isteri yang maut dalam nahas Jalan Segamat-Kuantan petang Jumaat lalu, menzahirkan ucapan terima kasih kepada netizen atas doa dan kata semangat diberikan kepadanya.

“Saya Abdur Rahman Amir Ruddin, anak kepada arwah, anak mangsa kepada enam jenazah yang viral baru-baru ini.

“Pertama kali saya nak ucapkan terima kasih dekat rakyat Malaysia. Banyak doa-doa daripada orang Malaysia, itulah orang cakapkan orang Malaysia ini macam prihatin.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Sayang korang (kau orang),” katanya menerusi video dimuat naik di TikTok, hari ini.

Kemalangan pada 1 September lalu di Kilometer 5, Jalan Segamat Kuantan meragut nyawa ibunya Norahimah Noor Muhammad, 43, dan bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik-beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Namun setibanya di lokasi kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.

Pada masa sama, Abdur Rahman turut memaklumkan tujuannya memuat naik video itu juga adalah untuk memperbetulkan perkara yang tidak benar.

Malah, dia turut meminta netizen supaya tidak menyebarkan sebarang khabar angin tanpa menyemak kesahihannya.

Ia dipercayai merujuk kepada penyebaran berita tular palsu mengenai kematian adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang masih masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat dan berada dalam keadaan stabil.

“Sekarang ini kuasa di hujung jari, macam-macam boleh jadi benda yang tak betul jadi betul, benda yang betul jadi tak tertutup, jadi makin tersebar.

“Saya cuma nak minta dekat warga media (warganet) yang orang kata ‘nurtizen’, bukan netizen.

“Tolonglah kalau nak sebar benda itu, kalau kita nak sebarkan, kita kena pastikan benda itu sahih. Benda yang sahih kita kena pastikan,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related