Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694062883:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 151
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 111141
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752586396";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752236831";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752586396
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:163:"'Tapi apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal, slogan itu mati, jadi PAS yang tinggal ini sedikit ekstrim dan hari ini nampak lebih ekstrim' : Sheikh Ibrahim";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh menyifatkan angan-angan PAS, yang mahu kembali merampas kerusi berkenaan yang kini dikenali sebagai Simpang Jeram sebagai sia-sia kerana parti itu sudah tidak relevan di kawasan itu.
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Slogan 'PAS For All' sudah mati selepas kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz | Scoop

Slogan ‘PAS For All’ sudah mati selepas kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz

'Tapi apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal, slogan itu mati, jadi PAS yang tinggal ini sedikit ekstrim dan hari ini nampak lebih ekstrim' : Sheikh Ibrahim

1:01 PM MYT

 

MUAR  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh menyifatkan angan-angan PAS, yang mahu kembali merampas kerusi berkenaan yang kini dikenali sebagai Simpang Jeram sebagai sia-sia kerana parti itu sudah tidak relevan di kawasan itu.

Bekas ADUN PAS yang berkhidmat dua penggal di kerusi berkenaan berkata ini kerana perjuangan ‘PAS For All’, yang mesra kepada masyarakat bukan Islam, kini sudah tiada apabila Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

“Dulu PAS sesuai dengan jiwa saya, masa itu perjuangan kita mesra kepada masyarakat bukan Islam, bila ada ‘PAS For All’ itu slogan yang dapat sambutan daripada masyarakat Cina, India, luar biasa kita tak jangka, sangat sesuai dengan perjuangan saya.

“Tapi apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal, slogan itu mati, jadi PAS yang tinggal ini sedikit ekstrim dan hari ini nampak lebih ekstrim lagi dengan macam-macam isu Melayu, agama, raja-raja (3R) dimainkan dan ini sudah tentulah tidak sesuai di Simpang Jeram,” katanya kepada Bernama. 

Beliau yang menjadi ahli PAS selama 36 tahun dan menjadi individu yang menubuhkan PAS di Bakri pada 1985 berkata perkara itu jugalah yang membuatkan beliau tawar hati dengan PAS dan kini menyertai Amanah sejak 2019. 

Dr Sheikh Ibrahim berkata perjuangan Amanah yang turut bermula di Simpang Jeram pada 2015, adalah lebih sesuai dengan situasi masyarakat semasa, lebih terbuka dan lebih bersederhana sesuai dengan konsep Rahmatan Lil Alamin.

“Bila tak dapat sokongan Cina maka isu 3R ini PAS akan main dan saya percaya selepas ini mereka akan jadi lebih ekstrim memandangkan Barisan Nasional (BN)  dan Pakatan Harapan (PH) berada dalam satu gabungan yang lebih moderate (sederhana), DAP yang lebih sederhana, semua akan lebih bersederhana,” katanya.

Katanya, hasrat PAS yang mahu melahirkan doktor kedua, iaitu kemenangan calon berlatarbelakangkan pakar perubatan di Simpang Jeram melalui pendekatan kempen calon Perikatan Nasional (PN) merawat dan mendekati pengundi sakit, hanya dilihat sebagi gimik bagi meraih undi semata-mata. 

“Kerana saya doktor dan anak tempatan di sini, berkhidmat di sini daripada mula saya bertugas pada 80-an hingga hari ini, walaupun saya sudah bersara, saya doktor berkhidmat dan calon berkhidmat dan memberi rawatan kepada penduduk di sini sepanjang saya jadi ADUN.

“Tapi calon PN ini berkhidmat semasa berkempen sahaja, beza berkhidmat semasa kempen untuk menarik pengundi. Dia pernah bertanding sini pada 2018, kalau niat nak berkhidmat di sini dia akan bertanding lagi pada 2022, tapi mana nampak dia punya keikhlasan, lepas kalah lari,” katanya.

PRK di Simpang Jeram dan Parlimen Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas, dengan calon PH Nazri Abdul Rahman akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan S. Jeganathan.

SPR menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak pada Sabtu ini. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Related