PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok

Dalam tempoh akhir sebelum ‘menyerahkan nasibnya’ kepada rakyat Pulai, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat

11:47 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kurang 15 jam tempoh berkempen bagi Pilihan Rakyat Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang akan tamat 11.59 malam ini, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat terus giat melakukan ‘sentuhan akhir’ bagi meraih sokongan pengundi.

Dalam tempoh akhir sebelum ‘menyerahkan nasibnya’ kepada rakyat Pulai, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

Katanya setakat malam tadi, hampir keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM) sudah disantuni dan pada hari terakhir ini, kempen beliau dan jentera akan menziarah ke kawasan-kawasan panas.

“Alhamdulillah, kita lihat respons pengundi amat baik dan harap momentum ini dapat diterjemah menerusi undi dan keputusan esok (hari mengundi). Kita akan terus merayu sokongan rakyat.

“Malam ini kita akan adakan ceramah grand finale yang akan dihadiri pemimpin PH-BN dan kita harap sentuhan akhir ini dapat menarik undi rakyat,” katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda, di Kampung Pasir Tampoi, di sini, malam tadi.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK bagi kedua-dua pada Sabtu ini. – 8 September, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related