Peserta RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT2

Akibat pelanggaran itu, mangsa terseret sejauh 37.4 meter dari lokasi kejadian dan meninggal dunia sebelum dapat diselamatkan

5:53 PM MYT

 

CHUKAI – Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 255.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), selepas Plaza Tol Jabor, sekitar 11.51 pagi tadi.

Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri program di Gong Badak, Kuala Nerus itu telah hilang kawalan lalu merempuh dua penunggang motosikal RXZ lain yang berhenti di bahu jalan.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terseret sejauh 37.4 meter dari lokasi kejadian dan meninggal dunia sebelum dapat diselamatkan.

“Dua penunggang RXZ yang dilanggar mangsa berasal dari Felda Kemasul, Pahang dan Kuala Pilah Negeri Sembilan. 

“Penunggang RXZ dari Pahang patah tangan kiri dan kaki kanan manakala seorang lagi, patah tangan kiri. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 8 September, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

BDS Malaysia says has never called for boycott of KFC

NGO chief says customers snubbing fried chicken franchise mainly due to prices

Related