PRK: Veteran ATM OKU penglihatan tunai tanggungjawab mengundi

Md Noor hilang daya penglihatan kesan daripada penyakit buah pinggang dihidapinya

6:01 PM MYT

 

MUAR – Walaupun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sejak 2017, ia tidak menghalang veteran Angkatan Tentera Malaysia Md Noor Parman, menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram hari ini. 

Md Noor, 66, dari Taman Sri Anggerik di sini dan sebelum ini berkhidmat dalam Kor Risik Diraja (KRD) berkata tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat perlu demi kemajuan dan pembangunan sesuatu kawasan. 

“Sebagai pengundi kita boleh menyumbang kepada negara dan negeri dengan memilih calon wakil rakyat yang layak untuk memimpin negeri atau negara,” katanya kepada Bernama di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram di sini hari ini.

Md Noor yang tidak dapat melihat kesan daripada penyakit buah pinggang dihidapinya datang ke sekolah itu bersama isteri, Rozita Madtop, 60, yang menolak kerusi rodanya dan menjadi peneman proses pengundian selain turut mengundi di lokasi sama. 

PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak berikutan kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. – 9 September, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related