Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694308026:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 112279
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-104447
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:122:"Pencapaian itu juga menyaksikan gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar semakin diterima, bertambah utuh";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PRK
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman membuktikan segala ‘taktik’ Perikatan Nasional (PN) untuk menakutkan orang Melayu gagal.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 44
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748416908";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748024714";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748194567";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748416908
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 122
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Kemenangan Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bukti rakyat tolak politik melampau, takutkan Melayu | Scoop

Kemenangan Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bukti rakyat tolak politik melampau, takutkan Melayu

Pencapaian itu juga menyaksikan gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar semakin diterima, bertambah utuh

9:06 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman membuktikan segala ‘taktik’ Perikatan Nasional (PN) untuk menakutkan orang Melayu gagal. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemenangan PH di dua kawasan berkenaan juga membuktikan, gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat. 

“Keputusan kami terima malam ini adalah petanda baik dan mesej jelas bahawa segala usaha PN untuk menakutkan pengundi Melayu, tidak begitu berkesan. 

“Bagi Barisan Nasional (BN), kita akan terus bekerja keras untuk menghadapi segala sentimen PN kerana ia boleh merosakkan perpaduan dicapai selama ini. 

“Rakyat di Johor sudah memilih Kerajaan Perpaduan kerana mereka lebih mengutamakan pemberian semua kaum dan kerajaan yang boleh membawa kemajuan kepada Malaysia,” katanya ketika ditemui media di pusat pengumpulan penyokong PH-BN, malam tadi. 

Dalam pada itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, kemenangan berkenaan jelas menunjukkan Umno adalah sahabat setia walaupun PH dan BN kehilangan banyak kerusi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini. 

Malah, katanya, tidak mustahil Kerajaan Perpaduan akan mendapat kembali sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika rakyat terus menyokongnya, selain usaha holistik sedang dilakukan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membangunkan negara. 

“Memang ini hanya PRK, tetapi kemenangan ini menolak gelombang politik melampau dibawa PN. Seperti saya pernah katakan, kebersamaan ini menjadikan kita menang di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. 

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang turun berkempen beberapa kali, termasuk kepimpinan PH serta BN lain kerana turut bersama-sama, agar calon PH mencapai kemenangan di dua kawasan itu. Insya-Allah, kita boleh mencapai kemenangan lebih baik untuk empat tahun lagi,” katanya. 

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong pula memaklumkan, kemenangan Suhaizan menggambarkan perpaduan dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan semakin utuh. 

“Saya ingin mengucapkan kepada semua bahawa ini kemenangan bersama kita dan ini adalah bukti terbaik bahawa bangsa Johor serta rakyat Malaysia, memilih menolak politik ekstrem,” katanya. 

Dalam keputusan semalam, Suhaizan memperoleh 48,283 undi, menewaskan calon Zulkifli Jaafar daripada PN yang memperoleh 29,642 undi dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi hanya mendapat 528 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Kemenangan itu menyaksikan Suhaizan berjaya menamatkan ‘kemarau’ penantian untuk menjadi wakil rakyat selepas tewas enam kali pada pilihan raya sebelum ini.

Manakala, Nazri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi.

Timbalan Ketua Amanah Bakri itu, memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN yang menerima 10,330 undi dan calon Bebas, S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, dengan turut hilang wang pertaruhan. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

Terengganu MB reveals state exco portfolios

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today announced the list of 11 portfolios for the state executive councillors, including a representative from Bersatu.

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related