Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694500297:20
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:107:"Johari bagaimanapun menegaskan Wan Ahmad Fayhsal akan diberikan ruang untuk bercakap mengenai usul tersebut";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => DNAA Zahid
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pembukaan persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila blok pembangkang mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai notis usul tergempar keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 260
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 112713
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748448716";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:3;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748025907";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748448716
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Usul DNAA Zahid, Dewan Rakyat bermula kecoh | Scoop

Usul DNAA Zahid, Dewan Rakyat bermula kecoh

Johari bagaimanapun menegaskan Wan Ahmad Fayhsal akan diberikan ruang untuk bercakap mengenai usul tersebut

11:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembukaan persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila blok pembangkang mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai notis usul tergempar keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Notis usul dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu yang turut bangun untuk mencelah sebelum sidang bermula bagi bertanyakan mengenai status usul terbabit.

Bagaimanapun Johari menegaskan usul itu sudah ditolak, tetapi memaklumkan akan memberi ruang kepada Wan Ahmad Fayshal untuk bercakap selepas urusan pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai.

“Keputusan saya, saya akan beri ruang kepada Machang sebentar lagi.

“Yang berhormat sabar, sabar itu (separuh daripada) iman.

“Saya akan bagi ruang, apa sahaja nak sebut lepas PM bentang (KSP),” katanya.

Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PN) kemudian mencelah bertanyakan sama ada Johari menerima usul berkenaan atau tidak, sambil memaklumkan tiada sesi soal jawab selepas pembentangan oleh Perdana Menteri.

Johari bagaimanapun menegaskan Wan Ahmad Fayhsal akan diberikan ruang untuk bercakap.

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Speaker, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemudian mencelah sama ada usul dibawa Ahli Parlimen Machang itu boleh dibahas atau tidak, sambil membuat sindiran mengenai monyet.

Tindakan itu kemudian dibantah Mohd Sany Hamzan (Kuala Langat- PH) yang memaklumkan sindiran Hamzah itu tidak kelakar, sebelum Johari sekali lagi menenangkan sidang dewan.

Sebelum ini, Johari mengesahkan menerima notis usul Wan Ahmad Fayhsal dan sedang menelitinya. –  11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

Kajang crime rate drops 13.5% thanks to community efforts: police chief

Resident associations, police efforts in crime prevention programmes prove highly effective, says Datuk Hussein Omar Khan

Related