‘Saya sekadar memejamkan mata, saya dengar teliti semua ucapan PM’: Wan Ahmad Fayhsal

Katanya, dakwaan itu menunjukkan pihak lawan seolah-olah sengaja mengalihkan isu berkaitan kes mahkamah pemimpin kanan mereka

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan beliau sekadar memejamkan mata ketika mendengar ucapan pembentangan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, bukannya tidur seperti didakwa pihak tertentu.

Malah, pemimpin itu berkata, beliau mendengar dengan teliti semua ucapan pembentangan dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi di Parlimen.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, dakwaan itu menunjukkan pihak lawan seolah-olah sengaja mengalihkan isu, susulan usul berkaitan kes mahkamah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikemukakannya.

“Saya sekadar memejam mata, saya dengar dengan teliti semua ucapan pembentangan PMX.

“Pihak lawan sengaja mengalih isu memandangkan saya membawa usul penting tentang pengguguran pertuduhan mahkamah TPM (Timbalan Perdana Menteri) mereka.

“Lihat bagaimana mereka nafikan hak kami berucap walaupun dah dijanji,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, sebuah portal berkongsi dua gambar memaparkan Wan Ahmad Fayhsal memejam mata ketika berada di kerusi pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat.

Perkongsian itu menerima pelbagai komen, termasuk mereka yang mempertikaikan tindakan memejam mata pemimpin itu ketika sidang berlangsung.

“Penat bahas mengenai masalah rakyat,” kata seorang pengguna.

Ada pula warga maya yang mempersoal perkongsian admin portal itu dan menyifatkannya boleh dianggap fitnah, memandangkan ia tidak menunjukkan situasi sebenar pada waktu lain.

“Alahai…buat video lah admin. Kalau tak fitnah kau dapat,” tulis seorang pengguna. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related