Pinda laporan audit 1MDB: Najib, Arul Kanda kekal bebas

Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas mendapati ia sudah lewat lebih daripada dua bulan dan dianggap luput dan terbatal

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy kekal bebas daripada tuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas mendapati ia sudah lewat lebih daripada dua bulan dan dianggap luput dan terbatal.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin sehubungan itu, sebulat suara menolak permohonan pendakwaan untuk memfailkan petisyen rayuan berkenaan di luar tempoh masa.

Tarikh akhir bagi pendakwaan memfailkan petisyen rayuan berkenaan adalah pada 6 Julai lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas rekod ray1MDBuan diperoleh, iaitu pada 26 Jun.

Sementara itu, salah seorang peguam bela Najib, Muhammad Farhan Shafee dalam satu kenyataan berkata: “Oleh yang demikian, kedua-dua anak guam kami dan Arul Kanda selayaknya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ke atas mereka.”

“Dalam kes ini, ia adalah jelas bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk meneruskan rayuan tersebut, maka oleh sebab itu, Petisyen Rayuan tidak difailkan.

“Ini kemudiannya menyebabkan pihak Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan kedua-dua rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes Najib dan Arul Kanda.

“Perkara ini sememangnya menunjukkan, khususnya apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rayuan, keputusan diberikan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut sememangnya suatu keputusan yang teguh dan tidak boleh disangsi mana-mana pihak,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mahkamah pada tarikh tersebut turut memutuskan bahawa Arul Kanda layak mendapat sijil indemniti yang menghalangnya daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Najib dan Arul Kanda didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Disember 2018.

Pada 14 Mac 2019, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

Mengikut pertuduhan pindaan, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB yang dimuktamadkan oleh Ketua Audit Negara dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related