Dewan Rakyat kecoh lagi, blok pembangkang persoal Speaker tolak usul DNAA Zahid

Mereka hanya mahukan agar Peguam Negara memberi penjelasan terhadap hala tuju kes berkenaan

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pagi ini kecoh hampir 30 minit, selepas beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang terus mempersoal tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), semalam.

Rata-rata mereka mendakwa Johari ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat semalam, berjanji memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk membangkitkan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, namun ia tidak ditunaikan.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN- Arau) memaklumkan sudah mengemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, di bawah peraturan mesyuarat 18(1) selepas usul sama dikemuka Wan Ahmad Fayhsal Jumaat lalu itu ditolak semalam.

“Saya sudah bawa semula usul itu bersama Machang, kenapa (usul) 18(1) perlu disegerakan untuk kepentingan orang ramai.

“Kami rasakan ianya perlu dibincangkan sebab semua rakyat Malaysia membuka mulut, parti politik membuka mulut, DAP membuka mulut.

“(Ia) Termasuk parti Muda, PKR serta peguam kanan di negara ini juga membuka mulut supaya Peguam Negara bagi penjelasan mengapa kes ini digugurkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pihaknya hanya mahukan agar Peguam Negara memberi penjelasan terhadap hala tuju kes berkenaan, sekali gus menolak sangkaan ramai seolah-olah kerajaan campur tangan dalam kes tersebut.

“Penolakan yang dibuat Speaker (Johari) semalam juga bukan alasan. (Alasan) penolakan dibuat Speaker semalam kerana ketua majlis minta supaya perkara ini tak masuk dalam senarai.

“Sepatutnya Speaker memberi alasan mengapa dia menolak peraturan mesyuarat 18(1),” katanya.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang mencelah pula menegaskan punca beberapa Ahli parlimen pembangkang bangkit di Dewan Rakyat hari ni kerana ada komitmen daripada Speaker.

“Itu isunya. Dari satu sudut kita akur kepada peraturan mesyuarat, kita faham, tapi Parlimen kita juga bergerak atas landasan konvensyen dan kebiasaan. Jadi, tidak ada pelanggaran atau ketidakpatuhan,” katanya.

Datuk Awang Hashim (PN- Pendang) kemudian mencelah meminta supaya Peguam Negara memberi penjelasan berhubung keputusan itu.

“Kita tidak mahu melihat Tan Sri (Johari) wakili kerajaan, sebaliknya Peguam Negara yang perlu beri penjelasan. Saya tidak mahu kata Speaker wakili kerajaan pembohong,” katanya.

Ketika menjawab tuntutan beberapa Ahli Parlimen itu, Timbalan Speaker, Datuk Ramli Md Nor, menjelaskan usul pertama di bawah Machang pada Jumaat sudah ditolak, sementara usul baru dikemuka belum diputuskan Speaker.

“Untuk intepretasi lebih jelas jam 11.30 pagi ini, Yang Dipertuan Dewan Rakyat akan jawab (berkenaan usul itu). Jadi saya cadangkan kita teruskan aturan dan urusan sidang hari ini,” katanya. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related