Penyampai Nightline TV3, Raymond Goh meninggal dunia pagi tadi

Raymond atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh menghembuskan nafas terakhir pada 10.40 pagi tadi

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta, dekat Petaling Jaya, kira-kira pukul 10.43 pagi tadi, pada usia 62 tahun.

Raymond yang memeluk Islam pada 31 Mac 2003 dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah, meninggal dunia selepas diserang penyakit angin ahmar.

Isteri Allahyarham, Faridah Teh, dalam kenyataannya berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Sebelum ini, Raymond yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Keadaan kesihatan Raymond ketika itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut mendoakan penyampai berita itu dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan segera.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengutuskan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan supaya mereka tabah menghadapi dugaan berkenaan.

“Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga, jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya. Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Turut mengutuskan takziah ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang memaklumkan beliau mengenali Allahyarham terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ramai yang menggunakan aplikasi ‘Clubhouse’.

“Beliau seorang yang sangat peramah, tidak kedekut ilmu dan sentiasa bersikap positif walaupun pada waktu PKP itu kita semua ‘terkurung’. Insya-Allah, segala jasa dan bakti Allahyarham dalam industri media tanah air kita akan senantiasa dikenang,” katanya. — 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related