‘Tubuhkan Suruhanjaya Padi Beras demi keterjaminan bekalan’: Azli

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata, begitu banyak tanah sawah yang tidak diusahakan di seluruh negara harus dipulihkan demi tingkat penghasilan beras

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa khas atau Suruhanjaya Padi Beras Negara wajar ditubuhkan bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan asas itu.

Mencadangkan perkara itu, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pakatan Harapan (PH), Azli Yusof berkata, usaha juga perlu dilakukan bagi mengusahakan kembali sawah terbiar di negara ini.

Katanya, negara sebenarnya berada di tebing krisis bekalan beras yang melengkapi dasar eksport negara luar, seperti India, selain faktor politik dan perubahan iklim.

“Kerajaan harus bersedia menubuhkan satu jawatankuasa khas, malah tidak keterlaluan kalau saya katakan kerajaan harus pertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Padi Beras Negara untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan itu.

“Kita ada perkara berkait keperluan asas seperti Suruhanjaya Air, Suruhanjaya Tenaga begitu juga Suruhanjaya Pendidikan, beras adalah makanan asas kita, sudah sampai masanya kita wujudkan suruhanjaya atau jawatankuasa khas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Azli, begitu banyak tanah sawah tidak diusahakan yang mana tanah sawah terbiar di seluruh negara berjumlah 97,000 hektar, membabitkan 18,972 lot di 2,107 lokasi di seluruh negara.

“Ini pun satu cabaran, di mana ada masalah di situ ada peluang. Jumlah tanah terbiar ini adalah 22 peratus daripada 436,000 hektar tanah sawah yang aktif diusahakan ketika ini.

“Maka usaha untuk memulihkan tanah terbiar ini dengan sendirinya boleh menyumbang kepada peningkatan penghasilan beras negara yang berada pada tahap 65 peratus pada masa ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, golongan pesawah perlu dilengkapkan dengan teknologi terkini sesuai cabaran semasa.

“Saya juga bersetuju apabila kerajaan melibatkan pihak swasta dalam pertanian berskala besar, ini mampu melonjak hasil pengeluaran padi tanpa pinggirkan tuan tanah, pewaris yang turun-temurun membanting tulang,” katanya – 14 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related