Pengguna lebuh raya GCE, Akleh kini boleh bayar tol guna kad bank

Sistem itu kini dilaksanakan di Plaza Tol Datuk Keramat AKLEH, Tol Plaza Bukit Jelutong, Tol Plaza Elmina dan Tol Plaza Lagong

11:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) tol menggunakan kad debit, kad kredit atau prabayar kini dijalankan di dua lebuh raya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata alternatif pembayaran tol baharu itu tersedia untuk pengguna lebuh raya kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong khas yang ditandakan dengan papan tanda gantri baharu.

“Sistem itu kini dilaksanakan di tiga plaza tol GCE; Tol Plaza Bukit Jelutong, Tol Plaza Elmina dan Tol Plaza Lagong bermula 13 September 2023. 

“Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat AKLEH telah menerima bayaran tol baharu sejak 9 September lepas. Satu lorong di setiap plaza tol dikhususkan untuk sistem secara percubaan mematuhi piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Azlan berkata ia merupakan tambahan kepada kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Beliau berkata inisiatif itu akan memberi kemudahan dan fleksibiliti yang lebih baik kepada pengguna jalan raya dengan pelbagai pilihan pembayaran tol yang akan menyumbang kepada peningkatan keseluruhan industri lebuh raya negara. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related