Sambutan Keretapi Sarong diadakan sempena Hari Malaysia ke-60

Lebih 2,000 peserta berkumpul di Dataran Merdeka bagi meraikan Hari Malaysia dengan memakai kain sarung atau pakaian tradisional sempena acara itu

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat turun ke Dataran Merdeka hari ini untuk menyertai Keretapi Sarong yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ke-60.

Menariknya, mereka berpakaian tradisional bersesuaian dengan tema acara tahun ini, iaitu ‘etnik’.

Acara flash mob sambutan itu bermula pada jam 8.30 pagi, dengan menyaksikan peserta menaiki kereta api untuk berkumpul di lokasi pusat dengan memakai pakaian bertemakan sarung.

Sebahagian daripada peserta datang dari seluruh negara untuk menyertai acara berkenaan.

Para peserta berpakaian tradisional bersesuaian dengan tema acara tahun ini, iaitu ‘etnik’ – Muharram Kasim/Scoop, 16 September, 2023

Peserta, Ainur Mariza Zawawi dan Mohd Hamirol Hisham Aminudin berkata, mereka mengembara jauh dari Terengganu semata-mata untuk memeriahkan serta merasai keseronokan Keretapi Sarong.

“Ini kali pertama kami mengambil bahagian, kami datang dari Terengganu untuk menyertai rakan kami, Wan Nur Afiqah ke acara ini.

“Kami mengetahui mengenai acara ini yang lalu daripada perkongsian dalam talian dan apabila kami mengetahui menerusi media sosial bahawa ia akan diadakan kali ini, kami terus membuat keputusan menyertainya,” kata Ainur Mariza.

Ahmad Izzdduin Ahmad Borhanudin, 36, yang pertama kali menyertai acara itu berkata, beliau membawa bersama anaknya, Asyraff Zahin, 6, ke Dataran Merdeka untuk mendedahkannya dengan sambutan Hari Malaysia.

“Saya nak dedahkan anak saya dengan Hari Malaysia dan Hari Merdeka, saya juga nak tunjukkan keindahan Dataran Merdeka kepadanya.

“Apabila anda melihat sekeliling anda melihat keharmonian dan persefahaman yang dimiliki Malaysia untuk rakyat meraikan Hari Malaysia bersama-sama,” katanya.

Ada juga rakyat tempatan yang mengambil kesempatan sempena hari istimewa berkenaan untuk memperkenalkannya kepada rakan mereka dari negara asing – Muharram Kasim/Scoop, 16 September, 2023

Sementara itu, ada rakyat tempatan yang mengambil kesempatan sempena hari istimewa berkenaan untuk memperkenalkannya kepada rakan mereka dari negara asing.

Pelajar Universiti Malaya (UM), Wan Nor Fatimah Wan Mohd Fadzlullah dan Tessa Humbising, kedua-duanya berusia 21 tahun, mengambil kesempatan memperkenalkan rakan sekelas Jepun mereka kepada sambutan Hari Malaysia.

“Kami membawa mereka untuk meraikan Hari Merdeka sebelum ini dan sekarang, kami mahu menunjukkan kepada mereka sambutan,” kata Wan Nor Fatimah.

Pelajar, Dina Zaidi, 20, mengambil kesempatan mempamerkan budaya Sarawak dengan menyarung set Baju Iban yang cukup cantik.

“Saya cuma nak tunjuk budaya Sarawak sangat cantik, ini kali pertama saya pakai baju ini. Sebelum ini, saya pakai baju Bidayuh jadi saya ambil keputusan untuk tukar pakaian kali ini.

“Pada masa ini, kita terlalu sibuk dengan kehidupan dan tidak menikmati sambutan seperti ini.

“Ia adalah Hari Malaysia…sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menanamkan semangat Malaysia dalam diri kita, jadi mengapa tidak meraikan negara ini bersama-sama,” kata Dina yang sudah menetap di Sarawak selama 15 tahun.

Sementara itu, di Johor Bahru, kira-kira 600 orang turun ke Sungai Segget untuk menyertai sambutan Kereta Api Sarong.

Di Ipoh, kira-kira 500 peserta dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang berkumpul di stesen kereta api Ipoh.

Keretapi Sarong adalah acara flash mob untuk meraikan Hari Malaysia, di mana peserta akan berkumpul di lokasi pusat dengan memakai kain sarung atau pakaian tradisional mereka.

Ia juga menekankan penggunaan pengangkutan awam di Malaysia khususnya sistem rel, justeru dinamakan Keretapi (kereta api). Acara bermula pada 2017 itu, kemudian dianjurkan secara tahunan. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related