Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694925657:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:80:"Mowalola turut akan memastikan rekaan tersebut dikeluarkan daripada koleksi SS24";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Mowalola
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Semalam, tular di Twitter mengenai gambar model yang memperagakan skirt mini yang diinspirasikan dari bendera Arab Saudi di pentas peragaan London Fashion Week (LFW) atau Minggu Pertunjukan Fesyen London.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 412
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 114905
        )

    [_oembed_aa3b0642d44148928441721096002c20] => Array
        (
            [0] => 

One of my key inspirations for SS24 was to use the national flags of different countries. After the show, I found that one of these flags - Saudi Arabia - features sacred words, and its use has caused great offense. Now that I've been educated on this topic, I sincerely apologise

— Mowalola (@MOWALOLA_) September 16, 2023
) [_oembed_time_aa3b0642d44148928441721096002c20] => Array ( [0] => 1694925175 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750638692";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 0 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750638692 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Mowalola mohon maaf selepas dikecam guna bendera Arab Saudi tertera kalimah syahadah pada skirt mini | Scoop

Mowalola mohon maaf selepas dikecam guna bendera Arab Saudi tertera kalimah syahadah pada skirt mini

Mowalola turut akan memastikan rekaan tersebut dikeluarkan daripada koleksi SS24

12:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semalam, tular di Twitter mengenai gambar model memperagakan skirt mini yang diinspirasikan daripada bendera Arab Saudi di pentas peragaan London Fashion Week (LFW) atau Minggu Pertunjukan Fesyen London.

Dalam pertunjukan itu, jenama Mowalola memperagakan koleksi Spring/Summer 2024 (SS24) dengan menampilkan seorang model memakai skirt mini berwarna hijau yang tertera perkataan kalimah syahadah dalam bahasa Arab berwarna putih serta pedang dibawahnya.

Tulisan Arab itu bermaksud ‘Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah’ dan kalimah tersebut dianggap suci, justeru bendera negara itu tidak harus dipaparkan pada pakaian atau barangan lain.

Perkara itu dibangkitkan seorang peminat fesyen di Twitter yang berpendapat rekaan itu tidak sepatutnya ada dalam koleksi Mowalola SS24.

Susulan insiden itu, katanya, pereka fesyen Mowalola Ogunlesi perlu meminta maaf kepada umat Islam dan menarik balik rekaan skirt mini berkenaan.

“Saya fikir itu akan menjadi tindakan paling dihormati untuk dilakukan,” kata @VanityxVault menerusi ciapannya di Twitter.

Perkongsiannya itu mendapat 7.5 juta views dalam kalangan netizen yang turut berang dengan jenama tersebut kerana bertindak biadap dan tidak sensitif.

“Tindakan mengarut dan tidak boleh diterima,” kata @lolo85.

“Perkara ini perlu dihentikan segera. Ia tidak boleh diterima dalam apa jua sebab. Sentimen umat Islam marah dengan perbuatan ini,” kata @Iam_Mian.

“Kita perlu ingat, menghormati budaya dan agama amat penting. Dan walaupun kemudaratan yang tidak disengajakan berlaku, kesediaan untuk meminta maaf dan belajar adalah penting! Tetapi menolak persepsi, kepercayaan dan kebimbangan orang lain hanya menimbulkan rasa tidak hormat. Mereka harus melakukan tindakan ‘pembetulan’,” kata @Nwayrals.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya kemudian berterima kasih kepada @VanityxVault kerana mewakili mereka dalam membangkitkan perkara tersebut.

Malah mereka turut mendesak jenama tersebut untuk meminta maaf di atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Terima kasih kerana mengetengahkan perkara ini. Apa yang kita mahu hanyalah permohonan maaf, tanpa tindakan itu ia ibarat menghina agama kami,” kata seorang pengguna Twitter.

“Mereka pasti melakukannya dengan sengaja untuk mendapatkan perhatian. Kecewa melihat agama kita sentiasa tidak dihormati dan mereka hanya melarikan diri setiap kali,” kata @diorgyuu.

Selepas dikecam hebat netizen, Mowalola menerusi Twitternya tampil mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut.

“Salah satu inspirasi utama saya untuk SS24 ialah menggunakan bendera negara yang berbeza.

“Selepas pertunjukan fesyen, saya mendapati salah satu bendera iaitu Arab Saudi, memaparkan perkataan suci, dan penggunaannya menyebabkan kesalahan besar.

“Sekarang saya dididik mengenai topik ini, saya memohon maaf atas perkara tersebut,” katanya.

Malah, Mowalola turut akan memastikan rekaan tersebut dikeluarkan daripada koleksi SS24.

“Saya amat menyesali sebarang kekecewaan atau kesalahan yang mungkin disebabkan oleh kesilapan saya.

“Terima kasih kerana meminta saya untuk bertanggungjawab, dan saya menghargai pemahaman anda semasa saya belajar daripada pengalaman ini,” katanya. – 17 September, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related