Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694957102:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 115068
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:131:"Lawatan itu merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PM Anwar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Lawatan itu merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749761957";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749417308";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:21;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749761957
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 160
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
PM Anwar akhiri lawatan sehari di Nanning | Scoop

PM Anwar akhiri lawatan sehari di Nanning

Lawatan itu merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah

9:24 PM MYT

 

NANNING – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja sehari yang padat di sini hari ini, di mana beliau menyifatkan lawatan itu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada, antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri berkata lawatan itu, merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah.

Menerusi program dalam tempoh 14 jam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri majlis perasmian pembukaan China-ASEAN Expo (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama-sama dengan Premier China Li Qiang dan pemimpin tertinggi negara anggota ASEAN.

Beliau juga menyampaikan ucaptama semasa majlis pembukaan CAEXPO Ke-20, serta merasmikan pembukaan astaka pameran ‘Malaysian Pavillion’ dan memperkenalkan buah nangka dari Malaysia, kepada para peserta CAEXPO dan bagi pasaran China.

Anwar telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li, dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Li, bagi meraikan kehadiran beliau ke CAEXPO kali ini. 

“Sebelum ini, adalah dicadangkan Setiausaha Parti Wilayah Guangxi TYT Liu Ning yang akan mengehoskan saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri CAEXPO ke-20.

Selain itu, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan pelabur China di Malaysia, iaitu China Communications Construction Company (CCCC) dan Huawei, serta menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion, antara syarikat Malaysia dan China.

Sewaktu lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu pada 3.54 pagi waktu tempatan. – 17 September, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related