Lebih 80 peratus syarikat PKS memegang sijil halal: Na’im

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi semua kategori industri adalah 8,272 syarikat, dengan lebih 80 peratus atau 7,306 daripadanya adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu 3,270 syarikat iaitu 39.53 peratus adalah pemegang sijil kategori syarikat Bumiputera.

Beliau berkata hasil beberapa mesyuarat Jemaah Menteri dan mesyuarat antara kementerian yang telah diadakan, persetujuan dan ketetapan telah dicapai agar Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) memainkan peranan penting untuk memberi penumpuan terhadap latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri bersedia untuk memohon sijil pengesahan halal Malaysia.

“Dalam usaha menambah baik tatakelola terhadap industri PKS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengadakan kerjasama dan libat urus dengan semua agensi bimbingan usahawan di bawah kementerian yang melaksanakan fasilitasi dari aspek piawaian dan prosedur pensijilan halal termasuk tatacara permohonan halal,” katanya.

Beliau berkata selain sesi fasilitasi dalam kelompok besar, Jakim turut mengadakan sesi fasilitasi secara berfokus dengan syarikat yang menghadapi masalah dalam pensijilan halal sama ada di peringkat pra-permohonan, semasa dan pasca persijilan halal.

Mohd Na’im berkata jabatan itu turut memanfaatkan tenaga pakar di institut pengajian awam dan swasta termasuk Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia (IPPH UPM) dalam pelbagai aspek berkaitan halal melalui kerjasama yang dijalin bagi memperkasa ekosistem halal dalam dan luar negara.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) ketika membahaskan usul KSP RMK12 mencadangkan kerajaan menambah baik tata kelola bagi pihak industri khususnya golongan PKS dalam usaha meningkatkan nilai tambah kepada pasaran halal. 

Mengenai cadangan mewujudkan akta khusus bagi mengawal selia industri halal, Mohd Na’im berkata buat masa ini penggunaan undang-undang sedia ada seperti Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 serta enakmen di negeri-negeri masih relevan serta memenuhi kehendak dan keperluan semasa. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related