Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695024623:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 183
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 115273
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:155:"Usaha bagi memajukan Orang Asli juga sudah digariskan dalam Pelan Strategik Jakoa, selain inisiatif tambahan bagi meningkatkan kualiti masyarakat berkenaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => orang asli
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => “Justeru, pihak Jakoa sudah melakukan perancangan bagi pelantikan pegawai teknikal secara perkhidmatan kontrak (COS) dan sudah memohon peruntukan bagi tujuan berkenaan pada 2024.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751047756";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751047756
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Akta Orang Asli, isu tanah adat disemak semula: Ahmad Zahid | Scoop

Akta Orang Asli, isu tanah adat disemak semula: Ahmad Zahid

Usaha bagi memajukan Orang Asli juga sudah digariskan dalam Pelan Strategik Jakoa, selain inisiatif tambahan bagi meningkatkan kualiti masyarakat berkenaan

4:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi dan menyemak semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), termasuk dalam menangani isu tanah adat Orang Asli, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, isu tanah masyarakat berkenaan turut diambil kira kerana membabitkan perbezaan dan pertindihan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

Beliau memaklumkan, buat permulaan Kajian Pembangunan Kerangka Perundangan serta Mekanisme bagi Pentadbiran Perkahwinan dan Perceraian Adat Orang Asli di Semenanjung, sudah dilaksanakan Jumaat lalu.

“Strategi bagi memajukan masyarakat Orang Asli sudah digariskan dalam Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang memberi fokus kepada pembangunan sosioekonomi golongan berkenaan.

“Ia dirangka dalam usaha meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan infrastruktur lengkap di seluruh perkampungan Orang Asli,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Berhubung pertambahan pegawai teknikal di Jakoa, Ahmad Zahid berkata, ia menjadi antara hala tuju perjawatan jabatan berkenaan, selain perkara itu sudah dibincangkan pada peringkat kementerian.

“Justeru, pihak Jakoa sudah melakukan perancangan bagi pelantikan pegawai teknikal secara perkhidmatan kontrak (COS) dan sudah memohon peruntukan bagi tujuan berkenaan pada 2024.

“Selain itu, Jakoa ketika ini, turut melantik Personel MySTEP dalam bidang kejuruteraan sebagai inisiatif jangka pendek, bagi mengatasi kekangan kekurangan tenaga kerja teknikal di jabatan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, sebanyak 153 inisiatif yang relevan dan praktikal untuk dilaksanakan, sudah digariskan bagi membendung serta sebagai langkah pencegahan salah guna kuasa, isu integriti, tadbir urus dan rasuah di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

“Indikator terhadap keberkesanannya dapat dilihat melalui keputusan Auditan Pengurusan Amalan Nilai di jabatan dan agensi kerajaan dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara dwitahunan.

“Antara perkara diambil kira dalam audit ini adalah kajian kepuasan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan disampaikan, nilai diterima Risda meningkat kepada 89.91 peratus pada 2021, berbanding 82.65 peratus pada 2018,” katanya. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Related