AMK buat laporan polis pengguna TiktTok hina PM

9:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua AMK Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini 4 petang tadi yang turut disertai Exco AMK Pusat Mohd Afiq Ayob.

Muhammad Izuan ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat pemilik akaun berkenaan yang secara terang-terangan menghina perdana menteri.

Beliau berkata video berdurasi selama 14 saat itu dimuat naik oleh sweet_purple1404 yang dipercayai berasal dari Negeri Sembilan memaparkan gambar Anwar dengan tulisan ‘Innalillah’.

“Video ini dimuat naik pada pagi semalam dan pemeriksaan kami mendapati pada pukul 9 malam ia telah diturunkan daripada media sosial tetapi telah disebarkan oleh pihak yang lain ke media sosial yang lain.

“AMK berharap pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap pemilik akaun ini, kami tidak mahu trend video menghina seperti ini menjadi ikutan pengguna media sosial yang lain,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerima laporan polis berkenaan. – 19 September, 2023

TAG: AMK, laporan polis, IPD Dang Wangi, hina, PM, Anwar Ibrahim

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related