Pelaburan asing perlu beri kesan positif kepada rakyat

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan apa yang dianggap sebagai pelaburan 'Madani'

2:38 PM MYT

 

NEW YORK — Negara-negara luar yang ingin melabur di Malaysia perlu memastikan terdapat kesan positif yang memberikan manfaat kepada negara secara keseluruhannya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia adalah salah satu kriteria yang dilihat oleh kerajaan apabila ada syarikat luar yang ingin membuka perniagaan seperti pembuatan kilang di Malaysia.

“Jika anda berhasrat untuk mengembang pelaburan di Malaysia, anda juga perlu melihat faktor lain termasuk kesan positif dan mewujudkan peluang pekerjaan (untuk tempatan),” kata Zafrul kepada wartawan Malaysia di sini.

Pengarah Eksekutif Datuk Ahirudin Attan (dua dari kiri) dari Big Boom Media yang menerbitkan Scoop dan Suria Zainal, Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada sidang media Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – Gambar Scoop, 20 September, 2023

Zafrul adalah delegasi yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, di mana beberapa pertemuan dan perbincangan dua hala diadakan.

Beliau berkata, selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan sejak 10 bulan lalu, pelabur dan ahli perniagaan kini yakin dengan kestabilan politik negara.

“Pada suatu masa dulu, mereka berminat untuk mengetahui bagaimana kita bekerja bersama,  tapi kini soalan yang ditanyakan adalah di peringkat mikro di mana persoalan yang dibangkitkan adalah hanya mengenai perniagaan.

Zafrul turut mendedahkan dua pelaburan besar ke Malaysia dari firma perniagaan di Amerika Syarikat iaitu Top Line Top Line Furniture Corporation yang melabur sebanyak RM230 juta dan Alton Industry Ltd Group dengan komitmen sebanyak RM500 juta pelaburan menerusi perkilangan dan kajian serta Pembangunan.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen RM2 bilion pembekal vakum dan penjagaan lantai dunia selama tujuh tahun akan datang.

Bagi menggambarkan penekanan beliau terhadap nilai tambah ini, Zafrul ketika mengulas mengenai pelaburan Alton berkata:

“Kita mengalu-alukan pelaburan Alton dan potensi unyuk mencipta peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi dan berkualitu terutama kepada rakyat Malaysia.’’ – 20 September, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related