Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695307928:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 261
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 116376
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => harimau
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Terdahulu, Nik Nazmi mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat ke pusat berkenaan.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753086526";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:2;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753414040";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:3;i:1;i:10;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753414040
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:199:"Ia merupakan antara program ex-situ di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai di sini bagi mengatasi masalah ketidakmampuan kaedah semula jadi dalam kalangan spesies berkenaan";}
        )

)
Kaedah pembiakan secara permanian beradas tambah spesies Harimau Malaya: Nik Nazmi | Scoop

Kaedah pembiakan secara permanian beradas tambah spesies Harimau Malaya: Nik Nazmi

Ia merupakan antara program ex-situ di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai di sini bagi mengatasi masalah ketidakmampuan kaedah semula jadi dalam kalangan spesies berkenaan

6:00 PM MYT

 

TANJUNG MALIM – Kaedah artificial insemination (AI) atau permanian beradas adalah antara teknologi pembiakan yang sedang dilaksanakan terhadap populasi kritikal Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu. 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia merupakan antara program ex-situ di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai di sini bagi mengatasi masalah ketidakmampuan kaedah semula jadi dalam kalangan spesies berkenaan.

“Ia masih dalam peringkat percubaan, belum berhasil, mungkin ada beberapa masalah termasuk penyakit yang menjejaskan kemampuan harimau ini untuk membiak secara semula jadi sebab itu kita usahakan kaedah AI, kita harap spesies ini nanti mampu ditambah seperti disasarkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke NWRC dekat sini hari ini.

Terdahulu, Nik Nazmi mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat ke pusat berkenaan.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menyertai Seri Paduka dalam lawatan itu yang bermula kira-kira 11.30 pagi.

Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia tentang operasi NWRC dan menyaksikan sendiri inisiatif konservasi hidupan liar di pusat itu termasuk Harimau Malaya, beruang matahari, tapir dan seladang.

Sebelum ini, Perhilitan menyasarkan untuk meningkatkan 400 ekor populasi Harimau Malaya di negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata kementeriannya mengambil perhatian berkenaan ancaman kepupusan spesies hidupan liar terancam lain seperti seperti Gajah Asia, tapir, beruang matahari dan seladang.

Katanya untuk menangani isu berkenaan, kementerian melalui Perhilitan telah mewujudkan pusat-pusat konservasi seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pusat Konservasi Harimau Malaya, kedua-duanya di Lanchang, Pahang.

“Selain itu, ia dilaksanakan melalui Pusat Konservasi Tapir di Kenaboi, Negeri Sembilan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg Dusun yang juga ditubuhkan khusus untuk konservasi tapir dan bagi seladang ia dilaksanakan di Sungkai dan PKHL Jenderak Selatan di Pahang,” katanya. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective Ogos 30

Related