Polis sahkan Ebit Lew disiasat berkaitan dakwaan rogol

Memandangkan siasatan masih dijalankan, polis mungkin akan memanggil lebih ramai untuk memberikan keterangan: Shuhaily

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sedang menyiasat dakwaan rogol terhadap penceramah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pada sidang media di Bukit Aman hari ini, Suhaily memaklumkan seramai 13 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Shuhaily menambah Ebit telah membuat laporan polis lima hari selepas pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo membuat laporan.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, (Ebit) membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan yang dibuat dalam laporan Mondy. Ebit juga membuat laporan berasingan berhubung dakwaan ke atasnya.

“Memandangkan siasatan masih dijalankan, polis mungkin akan memanggil lebih ramai untuk memberikan keterangan,’’ kata Shuhaily sambil menambah bahawa Mondy masih berada di Malaysia.

Beliau memberitahu, polis telah mengambil telefon Mondy memandangkan ia melibatkan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Terdapat peruntukan di bawah undang-undang (membenarkan polis mengambil telefon seseorang untuk melihat kandungan di dalamnya untuk melihat dakwaan yang dibuat terutama melibatkan waktu kejadian dan sebagainya,” katanya.

Semalam, penyanyi Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 35, mengesahkan beliau sudah tampil memberi keterangan selama enam jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam.

Caprice turut menafikan beliau membayar sejumlah wang kepada Mondy untuk wanita itu membuat kenyataan menipu ke atas penceramah terbabit, seperti didakwa warga maya.

Menurutnya, daripada menggunakan wang untuk membayar Mondy, lebih baik dia mengupah wanita berpenampilan lebih alim bagi mencetuskan simpati netizen.

“Kalau fikir secara logik, daripada saya nak membayarnya, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya, seperti wanita bertudung, alim atau penghafaz Al-Quran. Itu lagi mudah (untuk) masyarakat percaya. – 21 September, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related