Lawan kejahilan dengan pengetahuan: PM

Anwar berkata Islamofobia boleh dilawan melalui kesedaran dan pengetahuan secara aman

8:00 AM MYT

 

NEW YORK – Lawan kejahilan dengan pengetahuan.

Itu adalah mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan khutbah di sini hari ini.

Anwar adalah pemimpin negara pertama yang menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin negara pertama yang menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 23 September, 2023

Menurut Anwar, Islamofobia kini berada pada kadar yang membimbangkan dan ia menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk membuktikan bahawa ia adalah salah.

Menyentuh mengenai insiden membakar Al-Quran di Sweden, Anwar berkata kemarahan umat Islam boleh difahami namun adalah lebih baik ia dibalas dengan pengetahuan.

“Untuk mengatasi insiden membakar al-Quran, kerajaan saya telah mencetak satu juta al-Quran termasuk dalam bahasa Sweden,” kata Anwar kepada jemaah yang memenuhi masjid berkenaan yang mempunyai kapasiti 1,000 manakala 200 yang lain terpaksa solat di luar.

Menyentuh mengenai insiden membakar Al-Quran di Sweden, Anwar berkata kemarahan umat Islam boleh difahami namun adalah lebih baik ia dibalas dengan pengetahuan – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 23 September, 2023

Anwar berkata, konflik antara agama dalam sejarah dan sepanjang masa bukanlah pertembungan tamadun sebaliknya pertembungan kejahilan.

“Bagaimana kita mengatasi kejahilan ini? Ia adalah melalui pengetahuan dan pemahaman.

“Maklumat bukan pengetahuan. Bukan kebijaksanaan,” tambah Anwar.

Perdana Menteri turut mengambil peluang untuk menjelaskan mengenai konsep Madani.

“Masyarakat Madinah adalah yang terbaik.

“Mereka menggalakkan pemahaman, pengetahuan dan nilai kemanusiaan seperti belas kasihan dan rahmah,” katanya sambil menjelaskan bahawa Islam berusaha untuk kecemerlangan yang turut merangkumi pengetahuan tentang kebudayaan dan kepercayaan lain.

“Masyarakat Madinah adalah masyarakat yang toleran terhadap kaum dan budaya lain. Mereka mengamalkan kesederhanaan.”

Selepas selesai solat, Anwar turut menyaksikan seorang pemuda Amerika, Andrew Vinals memeluk Islam dan membantunya mengucap kalimah Syahadah – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 23 September, 2023

Pemerintahan dalam Islam bermaksud melindungi setiap orang dalam masyarakat –orang miskin, minoriti dan dipinggirkan.

Selepas selesai solat, Anwar turut menyaksikan seorang pemuda Amerika, Andrew Vinals memeluk Islam dan membantunya mengucap kalimah Syahadah.

Terdahulu, Perdana Menteri telah disambut oleh Imam ICCNY, Dr Zakir Ahmed.

Anwar diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related