Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695524559:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 204
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 117371
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-100215
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-100215
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:170:"PM menegaskan, Malaysia tidak berkompromi dengan kerenah birokrasi dan sikap sambil lewa di saat pentadbirannya memperkenalkan permohonan segera untuk kemasukan pelaburan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Anwar
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Eko sistem kerajaan perlu bergerak seiring dan dalam kadar segera dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menarik pelaburan serta mempermudahkan pelaksanaan perniagaan di Malaysia.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750081026";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750441649";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750441649
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Sifar toleransi terhadap kerenah birokrasi yang mensabotaj peluang pelaburan | Scoop

Sifar toleransi terhadap kerenah birokrasi yang mensabotaj peluang pelaburan

PM menegaskan, Malaysia tidak berkompromi dengan kerenah birokrasi dan sikap sambil lewa di saat pentadbirannya memperkenalkan permohonan segera untuk kemasukan pelaburan

10:02 AM MYT

 

NEW YORK – Eko sistem kerajaan perlu bergerak seiring dan dalam kadar segera dengan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menarik pelaburan serta mempermudahkan pelaksanaan perniagaan di Malaysia.

“Tiada toleransi terhadap birokrasi,” kata Anwar kepada wartawan Malaysia malam tadi sempena malam terakhir beliau mengadakan lawatan lima hari di New York.

Lawatan dengan jadual padat itu menyaksikan beliau menyertai lebih 20 forum dan mengadakan pertemuan bersama pemimpin perniagaan, persatuan, media asing serta pemikir, selain acara kemuncaknya memberi ucapan buat pertama kali sebagai Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menghadiri perbincangan bersama Majlis Hubungan Luar Negeri pada Khamis lalu. Gambar Jabatan Perdana Menteri, 24 September, 2023

Mengulas mengenai sambutan menggalakkan daripada pelabur global seperti Boeing, Google, Siemens dan Phillip Morris, Anwar mengakui cabarannya adalah untuk memastikan bahawa ekosistem kerajaan perlu digalakkan dalam usaha menarik pelabur, bagi memastikan usaha itu tidak sia-sia kerana bikrokrasi dan ‘kelesuan’.

“Satu atau dua syarikat yang menemui kami menyatakan terdapat beberapa kelewatan dalam kelulusan dan saya sangat kecewa kerana saya sudah memberikan arahan jelas bahawa kita tidak boleh berlengah.

“Kita hidup dalam persekitaran sangat kompetitif. Jika kita mengambil masa enam bulan (untuk kelulusan) negara lain hanya mengambil masa dua bulan, maka kita rugi. Kerana sikap sambil lewa ini negara rugi,” jelas Anwar.

Delegasi Anwar ke New York terdiri daripada beberapa menteri kanan, termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Dialog Invest Malaysia di New York, Amerika Syarikat, Khamis lalu. – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 24 September, 2023

Pada hari kedua lawatan, delegasi Anwar memperoleh RM2 bilion pelaburan daripada Alton dan Top Line Furniture.

“Malaysia terbuka. Itulah mesejnya. Kita perlu memberi kredit sewajarnya kepada pasukan, barisan menteri, setiausaha agung; duta, misi kerana hanya melalui usaha pasukan kita boleh melihat sokongan serta semangat seperti ini (dari komuniti pelaburan global).

“Terdapat pengiktirafan bahawa Malaysia sedang menyesuaikan diri, berubah menjadi lebih baik. Permintaan untuk mesyuarat telah begitu ramai (seperti) cendekiawan, orang dalam pentadbiran dan perniagaan.

“Cabarannya sekarang adalah untuk memastikan apa yang diputuskan diberi kelulusan terus dengan pantas dan saya sudah menugaskan beberapa menteri untuk memastikan ini dilakukan apabila melibatkan pelaburan atau Visa untuk pelancongan, termasuk visa kemasukan berganda yang akan dikendalikan kementerian masing-masing, seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Luar,” tambah Anwar.

Perdana Menteri berkata, prosedur operasi standard (SOP) semasa dibincangkan pada setiap mesyuarat Kabinet, namun kemudian disebabkan situasi mendesak, proses itu disegerakan selepas mendapat taklimat daripada menteri berkaitan.

Anwar berkata, ia juga merangkumi rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanah air.

“Sangat menggembirakan melihat orang yang tinggal di sini selama beberapa dekad, tetapi masih menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang serta kesetiaan kepada negara.

“Untuk komitmen mereka kembali dan berkhidmat, kami akan memudahkan apa sahaja kelulusan diperlukan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan peraturan birokrasi tidak wajar yang menghalang niat mereka untuk kembali,” kata Anwar.

Pada program terakhirnya di New York membabitkan jamuan makan malam bersama diaspora Malaysia di Hilton Midtown dengan dihadiri lebih 600 tetamu, rakyat negara ini yang menetap di Amerika Syarikat (AS), bertanya kepada Anwar mengenai kemungkinan untuk mereka kembali berkhidmat di tanah air.

Mereka menunjukkan keyakinan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan dan situasi semakin baik di Malaysia. – 24 September, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related