Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695631330:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 117884
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:173:"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama dan Hospital Pulau Pinang (HPP)";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => cerun
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => "Kerajaan negeri juga telah mengarahkan pihak hospital untuk mempermudah dan membantu mangsa," katanya.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 229
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749854909";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749401287";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749854909
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Identiti mangsa van persiaran terjunam ke cerun dikenal pasti: polis | Scoop

Identiti mangsa van persiaran terjunam ke cerun dikenal pasti: polis

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama dan Hospital Pulau Pinang (HPP)

4:43 PM MYT

 

BALIK PULAU – Polis telah mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar, malam tadi termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita berkenaan ialah Lee Kwee Yiam, 62, manakala 10 lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk pemandu van rakyat tempatan.

“Mayat Lee dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama dan Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati van dipandu lelaki berusia 61 tahun itu membawa 10 pelancong terdiri daripada sembilan warga Singapura dan seorang wanita tempatan, kesemuanya berumur antara 50 hingga 69 tahun.

Katanya ketika turun dari bukit di kawasan itu, pemandu berkenaan dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terjatuh ke cerun sedalam kira-kira enam meter.

Kamarul Rizal berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai yang melawat mangsa di HBP pagi tadi berkata tiga mangsa telah dibenarkan pulang, empat sedang dirawat di HPP manakala tiga lagi telah dipindahkan ke sebuah hospital swasta.

Wong berkata pihaknya juga telah menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur berkenaan kejadian itu dan bersedia menawarkan sebarang bantuan diperlukan mangsa.

“Kerajaan negeri juga telah mengarahkan pihak hospital untuk mempermudah dan membantu mangsa,” katanya.

Malam tadi, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau N. Prenavaran memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 8.20 malam dan operasi menyelamat selesai pada kira-kira 10.45 malam selepas mangsa terakhir dikeluarkan. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related