Dakwaan dewan UNGA hampir kosong ketika Anwar berucap, ini penjelasan Dr Zaliha…

Katanya, ucapan Perdana Menteri mendapat sokongan dan tepukan gemuruh bukan sahaja dari delegasi Malaysia, malah rakan negara lain

4:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa tampil menjelaskan dakwaan yang mengatakan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat (AS) hampir kosong ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Kenyataan Negara, Jumaat lalu.

Beliau berkata, situasi itu berpunca daripada tindakan delegasi, termasuk pemimpin utama negara lain yang didakwa keluar dewan ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan.

Katanya, selepas pemimpin itu selesai berucap, tiba giliran Anwar memberikan Kenyataan Negara.

“Sementara flight (penerbangan) ada lah baca (media sosial), nampak komen-komen yang kata dewan kosong masa PM beri Kenyataan Negara di UNGA.

“Jadi sebenarnya macam inilah, keadaan yang berlaku itu masa kami masuk tu PM Israel sedang beri ucapan dan kita diberitahu memang ramai yang keluar dari dewan.

“Kebetulan lepas daripada tu giliran Anwar dan ketika itu ada beberapa negara mula masuk lepas habis ucapan daripada Israel,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok.

Zaliha berkata, apa yang membanggakan, ketika Anwar menyampaikan Kenyataan Negara, ucapan beliau sangat bagus, sehingga menerima sokongan dan tepukan gemuruh bukan sahaja dari delegasi Malaysia, malah wakil negara lain.

“Itu satu perkara yang saya fikir semua orang kena tahu, kita patut bangga, jangan besar-besarkan sangat isu dewan kosong sebab itu biasa kalau tak kena masa dan sebagainya.

“Apa yang penting kandungan ucapan Kenyataan Negara itu, tahniah datuk seri (Anwar),” katanya.

Ketika berucapa di pentas global itu, Anwar yang mengenakan baju Melayu biru muda lengkap bersamping, menyuarakan mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.

Malah, beliau menegaskan, semua negara perlu bertanggungjawab dalam mencorak keadaan dunia lebih baik pada masa depan, selain mewujudkan jalinan kerjasama sebaiknya tanpa mengira sama ada negara kuasa besar atau kecil, demi mencapai matlamat bagi memastikan multilateralisme terus diperkukuh. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related