PAS patut tinggalkan PN, tak perlu buang masa cari jalan ‘tebuk atap’

Hari-hari Annuar meratib “No Anwar No DAP”. Itu sudah tidak relevan. Mana boleh ikut perangai Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor). Lucah dan bohong: Puad

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS sepatutnya menyertai Kerajaan Perpaduan dan berkongsi kuasa serta menjadi pengimbang dalam kerajaan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Menurutnya, PAS kini sepatutnya bergerak ke hadapan dengan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) serta tidak membuang masa mencari jalan untuk ‘tebuk atap’ dan mengeluarkan pelbagai fatwa yang boleh memecahkan orang Melayu.

“Jangan buang masa cari jalan untuk tebuk atap. Menghukum orang lain. Keluar berbagai fatwa pecah belahkan orang melayu.

“Lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangun negara, menjayakan agenda Islam, Melayu, dan kesaksamaan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Datuk Mohd Puad Zarkashi turut menyindir pihak dalam PAS yang mengeluarkan pelbagai fatwa yang boleh memecahbelahkan orang Melayu. – Gamabr Facebook, 27 September, 2023

Beliau turut menyentuh mengenai Tan Sri Annuar Musa yang masih menyebut ‘No Anwar No DAP’ sedangkan slogan tersebut sudah tidak relevan lagi.

Tambahnya, Annuar mengajak ahli Umno menyertai PAS jika mahu meneruskan perjuangan, namun Puad mempersoalkan pencapaian yang telah dicapai oleh bekas Ahli Parlimen Keterah itu selepas memasuki parti berkenaan.

“Annuar ajak ahli Umno masuk PAS jika mahu meneruskan perjuangan. Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar bila sudah masuk PAS?

“Hari-hari Annuar meratib “No Anwar No DAP”. Itu sudah tidak relevan. Mana boleh ikut perangai Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor). Lucah dan bohong,” katanya.

Annuar sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang kini bersama PAS. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related