Hakim mahu temubual 3 anak Siew Hong petang ini

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata, membuat keputusan itu selepas mendapati anak Siew Hong wajar dipanggil dahulu bagi memberi gambaran keseluruhan mengenai kes terbabit.

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz akan menemubual tiga anak Loh Siew Hong, petang ini berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mencelah dalam prosiding pembubaran perkahwinannya.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati anak Siew Hong, yang merupakan pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun  wajar dipanggil dahulu bagi memberi gambaran keseluruhan mengenai kes terbabit.

“Saya rasa lebih baik saya menemu ramah terlebih dahulu kanak-kanak ini, diharap boleh pastikan kira-kira 2.30 petang ini, ketiga-tiga mereka boleh kita bawa untuk berjumpa saya sebelum kita melanjutkan hujahan,” katanya.

Gesaan itu timbul selepas Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIPs membangkitkan bahawa tiga kanak-kanak berkenaan itu lebih selesa menetap dengan ibunya.

Tarikh hari ini ditetapkan bagi mendengar permohonan MAIPs  untuk mengubah perintah hak penjagaan yang diberikan kepada Siew Hong supaya badan agama Islam itu dapat memberikan pendidikan Islam kepada kanak-kanak tersebut.

Ketika prosiding, Haniff juga mendakwa Siew Hong dilihat cuba melakukan perbuatan yang boleh memesongkan akidah anak-anak itu apabila masih mengamalkan budaya agama Hindu, dengan membawa ke kuil Batu Caves.

“Bapanya (Nagahswaran) ketika ini berada di penjara dan tidak dapat bertemu dengan anaknya. Perkara itu menyebabkan MAIPs mengambil pendekatan mendekati ketiga-tiga anak itu kerana itu adalah kewajipan mereka dalam menjaga kesejahteraan ekonomi masyarakat Islam, selaras hukum syarak.

“Bagaimanapun, MAIPs tidak berada dalam keadaan yang membolehkannya untuk tahu mengenai pertikaian perkahwinan di antara mereka namun fatwa Perlis menyatakan bahawa pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak jagaan anak tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa dan ketika ini anak-anak tersebut berada di bawah jagaan ibunya sejak tahun lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, Haniff berkata, MAIPs mengambil pendekatan itu kerana ibu kepada ketiga-tiga anak itu tidak mampu untuk mendidik dan mengajar asas pendidikan agama Islam kerana dia merupakan seorang yang mengamalkan agama Hindu dan Buddha. 

“Ayahnya juga belum mampu untuk mengajar dan membimbing agama Islam kepada anak-anaknya bersama MAIPs dan disebabkan ketiadaan kemampuan, maka beban tersebut dialihkan kepada pihak kerajaan yang mempunyai tanggungjawab dalam membimbing dan mendidik kanak-kanak mualaf tersebut akan keindahan agama Islam,” katanya.

Selain Haniff, MAIPs diwakili Daniel Farhan Zainul Rijal manakala Siew Hong diwakili oleh A.Srimurugan dan J. Gunamalar

Dua hari lalu, Siew Hong telah memfailkan notis untuk tidak meneruskan permohonan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan MAIPs mencelah dalam prosiding pembubaran perkahwinannya.

Siew Hong memfailkan permohonan itu Mac lepas bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Februari yang membenarkan MAIPs menjadi responden kedua dalam petisyen perceraian dengan bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran Muniandy, membabitkan hak penjagaan tiga anak mereka yang diperoleh beliau. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related