Perubahan teknologi digital tidak akan mampan jika tak dinikmati seluruh rakyat: PM

Beliau berkata, kemampanan bukanlah untuk memanfaatkan segelintir elit bandar atau kumpulan pemerintah

8:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, transformasi teknologi digital tidak akan mampan sekiranya perubahan itu tidak dinikmati rakyat secara keseluruhannya.

Menurutnya, dalam falsafah Madani, negara tidak akan mampan jika perubahan yang dilaksanakan tidak memanfaatkan semua rakyat di negara ini.

“Jika kita tidak mampu mengekalkan kemampanan, jika kita lihat dari segi perubahan teknologi atau transformasi tanpa keprihatinan dan ihsan untuk memastikan setiap rakyat dalam negara ini dapat diberi peluang.

“Ini adalah keseluruhan rangkaian 5G, menjadikannya sangat jelas bukan hanya soal teknologi, tetapi sebagai satu perkara untuk memastikan setiap rakyat, daripada setinggan bandar atau miskin bandar hingga ke kawasan terpencil di Sabah atau Sarawak mesti diberi peluang, akses dan ketersambungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Malaysia 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Beliau berkata, kemampanan bukanlah untuk memanfaatkan segelintir elit bandar atau kumpulan pemerintah.

“Kemampanan bermakna menghargai rakyat anda (dengan) memberi manfaat. Itulah sebabnya kami tidak mewakili pandangan (pihak tertentu) yang menggunakan isu perkauman (race card) ini.

“Di negara ini, Perlembagaan jelas menetapkan bahawa Melayu, Bumiputera akan dilindungi. Tetapi juga dijelaskan bahawa untuk berjaya dan untuk negara menjadi matang, kita tidak boleh menggunakan isu perkauman.

“(Ini) Kerana kita mesti memastikan bahawa setiap orang Melayu, Cina, India atau Sabah dan Sarawak juga diberi hak mereka untuk tinggal di negara ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, transformasi digital memerlukan pemikiran baharu, sikap baharu dan keterbukaan bukan sahaja untuk mempelajari tetapi juga berkongsi.

“Dalam sesi (mesyuarat) Kabinet pagi tadi, saya mengulangi perkara sama bahawa kita ada potensi dan dalam lawatan kerja ke New York saya dapat rasakan pengiktirafan itu terutama daripada bakal pelabur yang bersemangat untuk ke Malaysia.

“Tetapi kita perlu bertindak balas dengan sewajarnya, bukan sahaja melalui transformasi digital, tetapi untuk memastikan adanya kemudahan dalam menjalankan perniagaan, menerusi dasar yang jelas , itulah sebabnya kita umumkan ekonomi Madani,” katanya. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related