Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1695955556:16
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 227
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 119045
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 16
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Amihizam berkata, penangkapan itu menyaksikan polis berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 48 jam";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Amihizam
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan seorang penjual buah rakyat tempatan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman OUG, di sini, baru-baru ini, dengan penahanan 13 lelaki warga asing semalam dan hari ini.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752107107";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:1;i:1;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752107107
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Kes bunuh peniaga buah: Polis tahan 13 warga asing | Scoop

Kes bunuh peniaga buah: Polis tahan 13 warga asing

Amihizam berkata, penangkapan itu menyaksikan polis berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 48 jam

10:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan seorang penjual buah rakyat tempatan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman OUG, di sini, baru-baru ini, dengan penahanan 13 lelaki warga asing semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Syukor berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun itu, ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerusi beberapa serbuan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek utama kes pada jam 11 pagi tadi serta membuat rampasan barang kes.

“Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam,” katanya menerusi kenyataan.

Amihizam berkata, kesemua suspek ditahan reman hingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, beliau berharap orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung jenayah itu untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222.

Dalam kejadian pada 7.40 malam Selasa lalu itu, polis menerima maklumat mengenai kes bunuh membabitkan seorang peniaga buah warga emas berusia 80 tahun di Taman OUG.

Susulan kes itu, empat lelaki ditahan pada jam 2.30 pagi di lokasi kejadian bagi membantu kes terbabit yang menyaksikan mangsa maut akibat ditikam di beberapa bahagian badan dan muka. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

National women’s hockey squad book ticket to World Cup 5’s

The national women’s five-a-side hockey squad qualified for the inaugural World Cup Hockey 5’s 2024 after winning bronze at the Asia Cup 5’s in Salalah, Oman, last night.

Football legends slam Sports Ministry over poor state of Bukit Jalil Stadium pitch

Former national football players have voiced their frustration with the Youth and Sports Ministry over the poor condition of the newly upgraded zeon zoysia pitch at the Bukit Jalil National Stadium. 

Related