Kementerian Kewangan akan serah semula aset TH: Anwar

Penyerahan semula itu yang dibuat selepas MoF berpuas hati dengan prestasi baik ditunjukkan Lembaga TH, turut membuktikan dakwaan kononnya ia diserah kepada pemilikan bukan Islam adalah tidak benar

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kementerian (MoF) akan menyerahkan semula aset Tabung Haji (TH) yang sebelum ini diletakkan di bawah syarikat tujuan khas (SPV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil kerajaan berikutan prestasi kewangan TH semakin baik, selain kemampuannya untuk menguruskan masalah berbangkit memuaskan pihak MoF.

“Saya teliti perkembangan, saya beritahu daripada awal bila (MoF) ambil alih jawatan ini, sebaik TH diurus baik dan meyakinkan, maka Kementerian Kewangan akan memulakan perbincangan untuk serahkan semua aset yang kini diamanahkan kepada SPV.

“Bila saya teliti keyakinan awam, pengurusan cekap, berintegriti dan diyakini, tiada sebab Kementerian Kewangan tak dapat bincang serta serah semula supaya aset dipegang akan diserah semula kepada TH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-60 Lembaga TH di Menara TH di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyerahan semula berkenaan, turut membuktikan dakwaan pihak tertentu, kononnya aset TH yang diletakkan dibawah SPV sudah diserah kepada pemilikan bukan Islam adalah tidak benar sama sekali.

Pada 11 Disember 2018, TH mengumumkan pemindahan aset tidak menguntungkan hampir RM19.9 bilion kepada SPV bagi memantapkan semula kedudukan kewangannya.

Aset dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related